Salam Sejahtera

"Ini adalah semata-mata catatan saya berdasarkan kepada apa yang saya lalui, sama ada ianya urusan rasmi berkaitan tugas mahupun catatan aktiviti peribadi serta apa yang dirasakan seharusnya dikongsi bersama"
"USE YOUR HEART WHEN YOU DEAL WITH OTHERS, AND USE YOUR BRAIN WHEN YOU DEAL WITH YOURSELF"

Wednesday, May 7, 2008

Perjumpaan YB Menteri KKLW dengan BNBBC

Semalam saya menghadiri Majlis Perjumpaan dan Taklimat YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersama Kelab Penyokong Keerajaan Barisan Nasional (BNBBC). Hampir sebahagian besar ahli Kelab BNBBC hadir dan sebaik sahaja ucapan dari YB Menteri serta taklimat ringkas daripada Y.Bhg. Datuk KSU dan dua pegawai KKLW, Ahli-ahli YB BNBBC terus mengemukakan pandangan dan persoalan kepada YB Kementerian. Seramai 17 orang YB telah mengemukakan persoalan dan cadangan semasa Majlis taklimat tersebut.

Sebahagian besar isu yang dibangkitkan adalah berkait dengan penyediaan prasarana asas di kawasan luar bandar. Ramai ahli YB dari Sabah dan Sarawak yang telah memberi pandangan dan mengemukakan persoalan dan kebanyakanya berkait dengan penyediaan prasarana asas dan isu kemiskinan luar bandar.

Sebelum majlis berakhir, YB Menteri telah memberi harapan kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat bahawa KKLW akan memberi perhatian secara serius kepada semua permasaalahan yang telah dibangkitkan.

No comments:

Post a Comment