Salam Sejahtera

"Ini adalah semata-mata catatan saya berdasarkan kepada apa yang saya lalui, sama ada ianya urusan rasmi berkaitan tugas mahupun catatan aktiviti peribadi serta apa yang dirasakan seharusnya dikongsi bersama"
"USE YOUR HEART WHEN YOU DEAL WITH OTHERS, AND USE YOUR BRAIN WHEN YOU DEAL WITH YOURSELF"

Thursday, May 1, 2008

Awas Jika BerBLOG

Nampaknya akhir-akhir ini zaman ICT makin mencabar, kalau dulu internet hanya sekadar dibaca dan tengok apa yang di paparkan, tapi kini muncul pula era Weblog atau blog yang menjadi perantara di alam cyber. Kini kita boleh menyampaikan apa saja catatan dalam bentuk pandangan, ulasan, komen maupun kritikan. Dan seterusnya kita menanti apa komen pembaca yang berkunjung ke blog kita. Wowwww canggih sungguh dunia cyber kini. Malahan untuk menjadi blogger anada hanya perlu mengambil masa beberapa minit dan beberapa langkah sahaja anda akan berada di alam cyber sebagai bloger.

Cuma satu pesanan saya kepada pembaca blog, janganlah dijadikan ianya sebagai satu hobi yang tidak ada batas. Kalau membaca blog kita harus pandai memilih masa atau waktu, jangan semasa kita berkerja.....tak halal gaji kita, malahan pekerjaan kita akan terganggu. Pilihlah waktu yang tidak menjejaskan waktu kerja kita. Begitu juga kepada mereka yang ingin menjadi bloger, pilihlah waktu yang sesuai unutk memblog.

Salam perkenalan dari Goloksiam.

1 comment:

  1. assalamualaikum En. Nik... kenal lagi tak kat saya? Iskandar la...hehehe...apa khabar? alhamdulillah sekarang saya kena panggil Tn. Hj. Nik....hehehe...saya insyaallah kalau ada rezeki tahun ni nak mengerjakan haji juga...doa2kan la...semua perbelanjaan telah cukup, hanya tunggu green light TH aje...ok la, kita sembang2 lagi kemudia...take care.

    ReplyDelete