Salam Sejahtera

"Ini adalah semata-mata catatan saya berdasarkan kepada apa yang saya lalui, sama ada ianya urusan rasmi berkaitan tugas mahupun catatan aktiviti peribadi serta apa yang dirasakan seharusnya dikongsi bersama"
"USE YOUR HEART WHEN YOU DEAL WITH OTHERS, AND USE YOUR BRAIN WHEN YOU DEAL WITH YOURSELF"

Saturday, June 20, 2009

SUKAN MAKSPEN 2009


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hampir dua bualan saya tidak berkesempatan untuk mengemaskinikan blog ini. Selepas catatan yang lepas dengan tajuk "Work or Walk Exra Miles" nampaknya ianya memberi kesan yang agak mencabar. Apa tidaknya, selepas dari itu, tugasan pejabat semakin mencabar dan di cabar. Apa tidaknya dengan Pakej Rangsangan Ekonomi 2009, kemasukan MARA ke KKLW, tugasan Bahagian Pemantauan dan Inspektorat KKLW semakain bertambah. Terakhir apabila YB Menteri meminta KKLW menubuhkan pasukan "Flying Squad" bagi memastikan semua projek-projek dipantau dengan lebih dekat dan berkala.

Kita lupakan sekejap pasal kerja. Bermula pada 18 Jun 2009 yang lalu, KKLW mengadakan sukan antara agensi yang dikenali dengan MAKSPEN Kali Ke-10....sedar tak sedar dah 10 kali MAKSPEN di adakan. Sukan ini berakhir pada 21 Jun 2009.

Hari kedua sukan MAKSPEN berlangsung pasukan KKLW mendapat berita gembira, pasukan KKLW menggondol Naib Johan Futsal Terbuka. Sementara, sehari sebelum itu, pasukan Bowling KKLW mendapat tempat ke-3. Dan hari ini pula pasukan Congkak, juga mendapat tempat ke-3.

Dengan pencapaian tersebut, nampaknya pasukan KKLW semakin matang dan meningkat pencapaiannya. Ini adalah kerana pada sukan-sukan MAKSPEN terdahulu, KKLW tidak pernah mencapai kemenangan sedemikian.

Sebenaranya pasukan KKLW boleh pergi jauh jika mereka diberi masa yang mencukupi untuk turun berlatih. Masakan tidak, pemilihan pemain tidak dibuat secara tersusun pada kali ini, oleh kerana telah dua tahun KKLW tidak mengadakan sukan dalaman (Antara Bahagian). Oleh itu bagi menyertai MAKSPEN kali ini, Kelab Sukan dan Kebajikan hanya memilih secara tangkap muat dan berdasarkan penyertaan pemaian secara sukarela menyertai pasukan KKLW, bagi memastikan KKLW turut mengambil bahagian. Alhamdulillah, dalam keadan yang agak singkat dan tidak teratur masih lagi KKLW dapat memenangi beberapa acara dan memasuki peringkat akhir. Syabas kepada pasukan KKLW terutama kepada Saudara Presiden Kelab Sukan da Kebajikan, Encik Zahari yang begitu dedikasi memastikan KKLW mengambil bahagian. Janji saya selaku Timbalan Presiden Kelab kepada Dato' Ketua Setiausaha KKLW ialah pasukan KKLW akan mendapat nombor, sama ada Johan, Naib Johan atau Ketiga dalam apa sahaja pertandingan. Alhamdulillah, mereka membuktikan bahawa KKLW juga boleh mendapat nombor. Ini adalah kerana 8 kali MAKSPEN terdahulu yang disertai oleh KKLW sebelum ini kecuali MAKSPEN Ke-9, tidak pernahpon KKLW mendapat nombor.....Ini adalah hadiah kepada Y. Bhg. Dato' KSU yang memberi sokongan yang padu kepada pasukan MAKSPEN KKLW.

Berikut dipaparkan gambar-gambar aksi pemaian-pemaian KKLW di beberapa pertandingan MAKSPEN untuk tatapan semua.


Pasukan Ping Pong KKLW MAKSPEN 2009


Suasana dan Aksi Pemain KKLW


Walaupon Tewas Tapi Semangat Tinggi....




Naib Johan Futsal Terbuka MAKSPEN Ke-10 Psukan KKLW


Sebahagian Penyokong KKLW Di Pertandingan Akhir Futsal Terbuka


Di Gelanggang Bowling Alamanda



Pasukan Bowling KKLW MAKSPEN 2009


Perlawanan Akhir Bola Tampar Antara KETENGAH dan RISDA


Penyokong KETENGAH Yang Ghairah Memberi Semangat

Akan bersambung nanti....sabar ye.