Salam Sejahtera

"Ini adalah semata-mata catatan saya berdasarkan kepada apa yang saya lalui, sama ada ianya urusan rasmi berkaitan tugas mahupun catatan aktiviti peribadi serta apa yang dirasakan seharusnya dikongsi bersama"
"USE YOUR HEART WHEN YOU DEAL WITH OTHERS, AND USE YOUR BRAIN WHEN YOU DEAL WITH YOURSELF"
Showing posts with label Bengkel. Show all posts
Showing posts with label Bengkel. Show all posts

Friday, March 5, 2010

RETREAT LAGI KITA!

Salam Sejahtera,

Kalaun tak ghoyat, oghe tok tahu. Kalu ghoyat nati oghe kata kita ngada-ngada pulok. (kecek Klate sikit) Doh mugo kito oghe Kelate, lidah kena basoh kat budu dari kecik lagi. Maaf kato la weh adik kakok.

Kelik dari Serawok, ambo gi ko Sungkai, Perak pulok dua hari (25 - 26 Feb 2010). Nok kena laye staff buat Retreat. Kalu tok buat, ICU maroh ambo, benda wajib keno buat. Alhamdulillah semonyo doh bereh.

Retreat Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek (PP) KKLW buke apo, PP nok kena buat semo Manual Prosedure Kerja dan Fail Meja, maklomlah bahagian baru, ado pulok kat semo negeri, kakitange ramai, jadi nok kena buat lah MPK dan Fail Meja, perah otok buat senarai tugas, banyok lagi lah.

Ambo raso syukor banyok sangat ko budak-budak ambo tu, semonya dok pakat molek belako, retreat jale molek, kerjo bereh dan suko hati semo budok-budok ambo tu.

Ambo nok ambik pluang lah kat sini nok ghoyat TERIMA KASIH BANYOK-BANYOK ko semo staff PP hok gi ko Sungkai tu. Bokte demo semo bagi kerjasama, komited dan tok rasa boring pulok tu masa retreat. SYABAS AND KEEP IT THE BEST ALL THE TIME.
Jugok ko kawe-kawe ambo hok bagi ceramoh tu, Zul KUAD, Hj. Shafie PSM, Noorazman KEW, Rasdi Ag. Lah KI, Rabiatul Perolehan, Zaniah BI, Zalirizal PE.

Kito tengok lah gambar-gambar sikit baru sronok deh.



Y. Bhg. Dato' KSU Menyampaikan Amanat.

Bertanya Kabar.

Mendengar Masalah Pengarah Negeri.

Sebahagian Peserta Retreat - Khusyuk Nampaknya!

Hilang Pulok Doh Nota Ambo!

Urus Setia Retreat-Gaya Masing-masing.


Cuba kito tengok aksi-aksi penceramoh kito.....semonyo hebat-hebat. Peserta tok boring.

Jange Langgar Peraturan Kalau Tok Nok Gelang Besi.

Teringat Masa Sekolah Dulu.

Semua Pitih Kena Tulis Dale Buku Ni...Pehe Tak.

Tok percaya tengok pulok peserta....mano ado hok tidor.......terus bincang.

Kami Dah Bereh.

Perbincangan Hangat dan Panas.

Saya Ada 10 Soalan!

SUB PP Kata Semua Laporan Kena Siap Dalam Dua Hari.

Dah Larut Malam Masih Berbincang!

Tapi hok tak sedap mata tengok, cubo lihat gambar-gambar di bawah.....puok-puok Urus Setia ni ada yang curi tulang......bukan apa, penat dok laye peserta. Maklom la retreat dibuat masa cuti umum....cuti Maulud Nabi kito semo tok cuti.....komited puok-puok kito.

Nasib Baik Sejenis.

Empat Malam Katanya Tak Tidur Dok Urus Retreat.

Gaya Senyum Kemewek Orang Demam.

Kito tengok pulok gambar-gambar wakil-wakil negeri hok gi retreat tu.

Geng PCN Terengganu.

Geng PCN Selangor.

Geng PCN Sarawak.

Geng PCN Sabah.

Geng PCN Perak.

Geng PCN Pahang.

Geng PCN Melaka/Negeri Sembilan.

Geng PCN Kelantan.

Geng PCN P. Pinang/Kedah/Perlis.

Geng PCN Johor.

Gitulah lebih kure puok-puok PP buat retreat baru-baru ni. Ambo harap semonyo berehlah lepah ni. Kalu nok tengok MPK dan Fail Meja puok-puok PP ambo rasa tok jadi masaaloh doh.

Akhir kato, syabas ko semo pihok hok dok bagi kerjasama dan jugok hok bagi sokognge nok bagi jadi retreat sampai selesai. ADIOUS. Jumpa lagi lain kali.

WASSALAM.

Thursday, March 5, 2009

Pangkor Oh Pangkor

Salam sejahtera, selamat berjumpa kembali.



Semenjak semalam 4 Mac 2009 saya berada di Pulau Pangkor, Lumut, Perak kerana mengendalikan Bengkel Penilaian Outcome Program Pembangunan KKLW 2009.

Selaku Ketua Urusetia Bengkel saya teruja dengan Urus Setia yang mengendalikan Bengkel ini. Semuanya di atur dengan baik dan nampaknya berjalan lancar.

Seramai 56 Orang peserta menghadiri Bengkel ini yang datangnya dari semua agensi dan bahagian di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Pulau Pangkor.


Sebahagian Daripada Peserta Bengkel.


Urus Setia Yang Setia.


Hari Pertama Bengkel, peserta di beri penerangan mengenai perjalanan Bengkel dan diikuti dengan pembentangan lima Penilaian Outcome Terbaik yang dijalankan pada tahun 2008. Agensi dan Bahagian yang membuat pembentangan ialah dari Felcra Berhad dengan Projek Agropolitan Pulau Bangi dan Projek Bekalan Air Bersih Siatem ReikulasiBekalan Air Perkampungan Felcra Berhad, Kawasan Bukit Kepung, Daerah Muar, Johor Darul Takzim. Bahagian Pengurusan Maklumat KKLW dengan Kajian Impak Program Infodesa (PID). Bahagian Pembasmian Kemiskinan dengan projek Program Peningkatan Pendapatan (PPP) Skim Kesejahteraan Rakyat (SPKR): Projek PPP Di Jajahan Kuala Kerai, Kelantan dan pembentanagn oleh KEJORA dengan Program Penilaian Outcome dan Impak Program Pembangunan Ekonomi Penduduk (Gerai).

Peserta Bengkel.

Sebelah petang pula, peserta Bengkel akan mengadakan perbincangan tajuk-tajuk Penilaian Outcome yang akan dijalankan pada tahun 2009.

Wakil KEJORA Sedang Membuat Pembentangan.


Wakil ICU Memberi Ulasan.


Bengkel ini akan dibuat penutupan rasmi pada 6 Mac 2009 oleh Y. Bhg. Datuk Haji Basar Haji Abd. Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sosial) KKLW.

Bagi pihak KKLW, saya ingni merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada wakil-wakil daripada Unit Penilaian, ICU, JPM, serta wakil-wakil daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan (PPN), Negeri Perak yang juga turut serta sebagai pemerhati dalam bengkel kali ini.

Peserta Bengkel Sedang Berbincang.


Wakil Daripada PPN Perak Selaku Pemerhati.

Semoga Bengkel ini akan memberi lebih kefahaman kepada semua pegawai-pegawai KKLW dan juga Agensi dan seterusnya memberi manfaat kepada pegawai-pegawai dalam memperbaiki perkhidmatan kepada golongan sasar di luar bandar selaras dengan Motto KKLW "KOMUNITI BERDAYA DESA BERJAYA".

Wassalam.