Alangkah terperanjatnya apabila hari ini satu dunia membaca portal Sabahkini yang meyiarkan satu artikel yang saya anggap satu fitnah yang teramat besar dalam sejarah hidup saya selama hampir 53 tahun menumpang berteduh di bumi yang fana ini. Bagi saya "Allah Maha Mengetahui" dan semoga kepada Intan Zubaidah Abdul Halim yang menulis artikel berkenaan Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa beliau dan di masukkan ke dalam golongan mereka yang beriman kelak, Amin.
Saya mengambil langkah tidak akan menjawab segala pertuduhan yang disiarkan, sebaliknya menyerahkan kepada seluruh Rakyat Malaysia dan Dunia untuk menilai kebenarannya. Jika benar apa yang dikatakan, bawa saja kemuka pengadilan atau laporkan saja kepada pihak yang berwajib.
Showing posts with label Tugas Rasmi. Show all posts
Showing posts with label Tugas Rasmi. Show all posts
Thursday, March 10, 2011
Thursday, August 19, 2010
SEDUKU AKU DATANG LAGI!
Beberapa hari sebelum bermulanya bula puasa tahun ini saya berkesempatan mengiringi YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ke lawatan kerja ke Sarawak, lebih tepat lagi ke Sri Aman.
Tajuk kali ini "Seduku Aku Datang Lagi" mengimbau kembali lawatan pertama saya ke Pulau Seduku sebelum bermulanya projek Penempatan Semula di Seduku Baru. Lawatan terbaru pada 6 Ogos 2010 yang lalu adalah untuk meninjau pelaksanaan rumah-rumah penempatan semula penduduk miskin Pulau Seduku ke Seduku Baru.
Pemandangan Pulau Seduku Dari Udara.
Lawatan pertama kami ke Pulau Seduku tempoh hari adalah untuk membuat tinjauan keadaan rumah-rumah di pulau berkenaan. Bayangkan sebuah pulau di dalam sungai dikongsi dengan santuari buaya. Di pulau inilah di katanya berasal "Bujang Senang". Dan sungai Batang Lupar merupakan lubuk kepada buaya dan merupakan di antara sungai yang paling banyak di huni oleh buaya termasuklah di Pulau Seduku yang merupakan tempat di mana buaya membina sarang-sarang apabila tiba musim mengawan.
Gambar Hiasan- Saiz Buaya Yang Di Dakwa Menghuni Pulau Seduku.
Oleh kerana Pulau berkenaan serba kekurangan dan tidak mempunyai kelengkapan air bersih dan bekalan elektrik 24 jam, KKLW melalui projek penempatan semula penduduk Pulau Seduku ke Seduku Baru.
Lawatan kami kali ke dua ke Seduku, bukan lagi ke Pulau Seduku, sebaliknya ke Seduku Baru, iaitu satu kawasan penempatan baru yang diwujudkan untuk memindahkan penduduk Pulau Seduku. Alhamdulillah, selepas raya nanti mereka akan mula berpindah apabila keseluruhan projek Seduku Baru siap sepenuhnya.
Kawasan Penempatan Semula Pulau Seduku Berlatarbelakangkan Pulau Seduku.
Susunan Rumah PBR Yang Telah Siap Dibina
Satu Lagi Projek KKLW
Adious, hingga jumpa lagi.
Tajuk kali ini "Seduku Aku Datang Lagi" mengimbau kembali lawatan pertama saya ke Pulau Seduku sebelum bermulanya projek Penempatan Semula di Seduku Baru. Lawatan terbaru pada 6 Ogos 2010 yang lalu adalah untuk meninjau pelaksanaan rumah-rumah penempatan semula penduduk miskin Pulau Seduku ke Seduku Baru.
Pemandangan Pulau Seduku Dari Udara.Lawatan pertama kami ke Pulau Seduku tempoh hari adalah untuk membuat tinjauan keadaan rumah-rumah di pulau berkenaan. Bayangkan sebuah pulau di dalam sungai dikongsi dengan santuari buaya. Di pulau inilah di katanya berasal "Bujang Senang". Dan sungai Batang Lupar merupakan lubuk kepada buaya dan merupakan di antara sungai yang paling banyak di huni oleh buaya termasuklah di Pulau Seduku yang merupakan tempat di mana buaya membina sarang-sarang apabila tiba musim mengawan.
Gambar Hiasan- Saiz Buaya Yang Di Dakwa Menghuni Pulau Seduku.Oleh kerana Pulau berkenaan serba kekurangan dan tidak mempunyai kelengkapan air bersih dan bekalan elektrik 24 jam, KKLW melalui projek penempatan semula penduduk Pulau Seduku ke Seduku Baru.
Lawatan kami kali ke dua ke Seduku, bukan lagi ke Pulau Seduku, sebaliknya ke Seduku Baru, iaitu satu kawasan penempatan baru yang diwujudkan untuk memindahkan penduduk Pulau Seduku. Alhamdulillah, selepas raya nanti mereka akan mula berpindah apabila keseluruhan projek Seduku Baru siap sepenuhnya.
Kawasan Penempatan Semula Pulau Seduku Berlatarbelakangkan Pulau Seduku.
Susunan Rumah PBR Yang Telah Siap Dibina
Satu Lagi Projek KKLWAdious, hingga jumpa lagi.
Wednesday, August 4, 2010
The Lost World - Pulau Bruit
Tanggal 23 hingga 27 Julai 2010, sebaik sahaja selesai mengikuti lawatan kerja YAB Perdana Menteri ke Miri, saya bersama-sama Pengarah KKLW Cawangan Sarawak dan beberapa orang pegawai dari Pejabat Daerah Daro, Mukah Sarawak menjelajah ke sebuah kepulauan yang agak ketinggalan dari segi pembangunan iaitu Pulau Bruit.
Perjalanan kami dari Miri melalui penerbangan MAS ke Sibu mengambil masa satu jam dan sebaik sahaja tiba di Sibu kami meneruskan perjalanan ke Daro, iaitu sebuah pekan kecil yang diletakan di bawah pentadbiran Daerah Mukah. Daro adalah daerah kecil bagi Daerah Mukah, Sarawak. Dengan menaiki bot ekspress dari Sibu ke Daro, kami melalui satu perjalanan yang agak panjang, 2 jam 45 minit untuk tiba di Daro.
Lokasi Pulau Bruit.
Pulau Bruit.
Setiba di Daro, hari telah hampir senja dan terus kami menginap di hotel yang agak sederhana (Onn Sin Ling Inn - kalau tidak silap saya) sementara menanti hari berikutnya untuk kami menuju ke Pulau Bruit.
Pasukan Flying Squad KKLW dan Pegawai Daerah Kecil Daro.
Pekan Daro Dari Jeti.
Jeti Daro.
Keunikan Yang Ditemui Di Daro.
Tanggal 24 Julai 2010, pagi-pagi lagi kami menaiki bot laju menuju salah sebuah kampung di Pulau Bruit. Perjalanan kami memlalui Sungai Rajang, sungai yang terpanjang di Sarawak mengambil masa selama 40 minit untuk tiba di Kg. Bruit, Pulau Bruit. Perjelajajahan kami ke "Lost World" ini adalah bertujuan untuk meninjau kehidupan penduduk di Pulau Bruit khususnya untuk melihat sejauh mana Program Bantuan Rumah (PBR) telah dan sedang dilaksanakan di sana.
Pemandangan Kampung Bruit.
Wanita Terakhir Pulau Bruit.
Betapa Miskinnya Mereka.
Hampir Keseluruhan Kampung Di Pulau Bruit Mendapat Bekalan Air Dari Air Hujan.
Tangki-tangki Air Sumbangan KKLW - Untuk Tadahan Air Hujan.
Keistimewaan Pulau Bruit-Ikan Salai.
Sepanjang dua hari kami menjelajah Pulau Bruit, kami sempat melawat 5 buah perkampunngan daripada 12 kampung yang terdapat di Pulau Bruit. Antara kampung-kampung yang dilawati ialah, Kg. Bruit, Kg. Salah Kecil, Kg. Semop, Kampung Tekajong dan Kg. Sebako.
Kami menginap di Kg. Sebako di salah sebuah chalet yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Jangkaan kami mungkin akan menumpang tidur di rumah penduduk tempatan atau surau sahaja, tetapi alangkah terkejtnya kumpulan kami apabila Pegawai Daerah secara diam-diam telah mengatur pnginapan kami di chalet yang dikenali dengan nama Chalet Mok Mah.
Chalet Mok Mah.
Deretan Chalet Yang Teratur.
Dewan Makan Chalet Mok Mah.
Pelancong Tegar.
Keesokan harinya kami meneruskan perjalanan ke Kg. Semop setelah hari pertama kami meninjau 4 buah kampung di Pulau Bruit.
Untuk menuju Kg. Semop, kami perlu merentasi pesisir pantai Pulau Bruit di sebelah laut China Selatan. Perjalanan mengambil masa setengah jam dari Kg. Sebako. Tinjauan ke atas pelaksanaan PBR di teruskan dan di kampung ini terdapat beberapa unit rumah PBR sedang dalam pelaksanaan.
Merentasi Laut China Selatan Menuju Kg. Semop.
Salah Satu Projek BALB Dalam Pelaksanaan - Pemasangan paip sub-marine dari Tg. Manis ke Kg. Semop.



Suasana Kg. Semop - Aman dan Tenteram.
Meninjau Pelaksanaan Rumah PBR - Pembinaan salah sebuah rumah papan di Kg. Semop.
Tiang Rumah Mula Didirikan.


Rumah PBR Yang Telah Siap.
Saat Sebelum Jatuh Titi - "Enguang", sejenis hidupan seakan-akan udang yang banyak terdapat d Pulau Bruit.
Titi Patah.
Habis Kamera Aku.
Wanginya Air Kumbahan.
Keadaan Titi Yang Patah.
Udang Galah Pulau Bruit.
Santapan Kami Untuk Makan Tengahari.
Kembara kami ke "Lost World - Pulau Bruit" berakhir dan terpaksa di akhiri apabila tiga orang ahli rombongan jatuh dari jeti semasa membuat tinjauan ke salah sebuah rumah PBR yang sedang dalam pembinaan di Kg. Semop. Kejadian berkenaan bolehlah di ibaratkan "Sudah Jatuh Di Timpa Tangga". Apa tidaknya, sudahlah jatuh akibat titi patah akibat terlalu reput, mereka bertiga pula jatuh ke dalam air kumbahan yang baunya, hanya mereka sahaja yang tahu kewangiannya.
Walau apaupun cabaran dan pelbagai peristiwa yang kami terpaksa lalui semasa membuat pemantauan, tugas pemanatauan tetap dilaksanakan dengan penuh tanggung jawab, semata-mata untuk memastikan kesejahteraan penduduk luar bandar. Bantuan rumah merupakan salah satu kaedah untuk mengeluarkan kumpulan penduduk miskin tegar dari belengu kemiskinan. Dengan adanya tempat tinggal yang selesa dan selamat, kehidupan anak-anak mereka serta aktiviti ekonomi dapat dilaksanakan dengan selesa dan selamat.
Walau apa keadaan gambar di bawah, mereka merasa puas apabila dapat mencurahkan bakti dan sumbangan kepada penduduk luar bandar. Syabas Pegawai dan Kakitangan Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Cawangan Sarawak.
Penat Tetapi Puas.
Wassalam, hingga jumpa lagi di kembara saya ke Seri Aman dan Miri Ogos nanti.
Perjalanan kami dari Miri melalui penerbangan MAS ke Sibu mengambil masa satu jam dan sebaik sahaja tiba di Sibu kami meneruskan perjalanan ke Daro, iaitu sebuah pekan kecil yang diletakan di bawah pentadbiran Daerah Mukah. Daro adalah daerah kecil bagi Daerah Mukah, Sarawak. Dengan menaiki bot ekspress dari Sibu ke Daro, kami melalui satu perjalanan yang agak panjang, 2 jam 45 minit untuk tiba di Daro.
Lokasi Pulau Bruit.
Pulau Bruit.Setiba di Daro, hari telah hampir senja dan terus kami menginap di hotel yang agak sederhana (Onn Sin Ling Inn - kalau tidak silap saya) sementara menanti hari berikutnya untuk kami menuju ke Pulau Bruit.
Tanggal 24 Julai 2010, pagi-pagi lagi kami menaiki bot laju menuju salah sebuah kampung di Pulau Bruit. Perjalanan kami memlalui Sungai Rajang, sungai yang terpanjang di Sarawak mengambil masa selama 40 minit untuk tiba di Kg. Bruit, Pulau Bruit. Perjelajajahan kami ke "Lost World" ini adalah bertujuan untuk meninjau kehidupan penduduk di Pulau Bruit khususnya untuk melihat sejauh mana Program Bantuan Rumah (PBR) telah dan sedang dilaksanakan di sana.
Sepanjang dua hari kami menjelajah Pulau Bruit, kami sempat melawat 5 buah perkampunngan daripada 12 kampung yang terdapat di Pulau Bruit. Antara kampung-kampung yang dilawati ialah, Kg. Bruit, Kg. Salah Kecil, Kg. Semop, Kampung Tekajong dan Kg. Sebako.
Kami menginap di Kg. Sebako di salah sebuah chalet yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Jangkaan kami mungkin akan menumpang tidur di rumah penduduk tempatan atau surau sahaja, tetapi alangkah terkejtnya kumpulan kami apabila Pegawai Daerah secara diam-diam telah mengatur pnginapan kami di chalet yang dikenali dengan nama Chalet Mok Mah.
Keesokan harinya kami meneruskan perjalanan ke Kg. Semop setelah hari pertama kami meninjau 4 buah kampung di Pulau Bruit.
Untuk menuju Kg. Semop, kami perlu merentasi pesisir pantai Pulau Bruit di sebelah laut China Selatan. Perjalanan mengambil masa setengah jam dari Kg. Sebako. Tinjauan ke atas pelaksanaan PBR di teruskan dan di kampung ini terdapat beberapa unit rumah PBR sedang dalam pelaksanaan.
Saat Sebelum Jatuh Titi - "Enguang", sejenis hidupan seakan-akan udang yang banyak terdapat d Pulau Bruit.Kembara kami ke "Lost World - Pulau Bruit" berakhir dan terpaksa di akhiri apabila tiga orang ahli rombongan jatuh dari jeti semasa membuat tinjauan ke salah sebuah rumah PBR yang sedang dalam pembinaan di Kg. Semop. Kejadian berkenaan bolehlah di ibaratkan "Sudah Jatuh Di Timpa Tangga". Apa tidaknya, sudahlah jatuh akibat titi patah akibat terlalu reput, mereka bertiga pula jatuh ke dalam air kumbahan yang baunya, hanya mereka sahaja yang tahu kewangiannya.
Walau apaupun cabaran dan pelbagai peristiwa yang kami terpaksa lalui semasa membuat pemantauan, tugas pemanatauan tetap dilaksanakan dengan penuh tanggung jawab, semata-mata untuk memastikan kesejahteraan penduduk luar bandar. Bantuan rumah merupakan salah satu kaedah untuk mengeluarkan kumpulan penduduk miskin tegar dari belengu kemiskinan. Dengan adanya tempat tinggal yang selesa dan selamat, kehidupan anak-anak mereka serta aktiviti ekonomi dapat dilaksanakan dengan selesa dan selamat.
Walau apa keadaan gambar di bawah, mereka merasa puas apabila dapat mencurahkan bakti dan sumbangan kepada penduduk luar bandar. Syabas Pegawai dan Kakitangan Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Cawangan Sarawak.
Wassalam, hingga jumpa lagi di kembara saya ke Seri Aman dan Miri Ogos nanti.
Friday, July 23, 2010
KEMBARA BERSAMA PM DI BULAN JULAI 2010
Pada 22 Julai 2010 saya berpeluang mengikuti lawatan Perdana Menteri ke Miri Sarawak. Lokasi pertama yang dilawati ialah ke Long Banga, Ulu Baram. Untuk kesana dari Miri mengambil masa 9 - 10 jam melalui jalan darat. PM bersama rombongan menaiki helikopter dari Miri ke Long Banga yang mengambil masa 1 jam.
Hampir 2 ribu penduduk yang terdiri dari Orang Ulu keluar menyambut ketibaan YAB PM di Majlis Mesra Rakyat.
Selesai di Long Banga YAB PM meneruskan program Mesra Rakyat ke Bekenu, Miri. Di Bekenu, rakyat meraikan Hari Jadi YAB yang ke 57 yang jatuh pada 23 Julai 2010. Penyampaian bantuan pelajaran kepada 50 murid-murid miskin dan penerima Bantuan Rumah juga di adakan.
Selesai di Bekenu, YAB PM meneruskan program Mesra Rakyat ke Senadin. Disini seramai 80 orang penduduk miskin diberi bantuan di bawah Program Sentuhan Harapan anjuran Petronas.
Pada sebelah malamya pula, Majlis Mesra Rakyat di adakan di Stadium Mini Sibu. Hampir penuh stadium dengan para hadirin. Di majlis ini beberapa pertunujukan kebudayaan tepatan yang bertemakan 1 Malaysia diadakan semasa majlis makan malam di adakan.
Sebahagian gambar-gambar di bawah menceritakan segala-galanya.
MAJLIS MESRA RAKYAT DI BEKENU.
SEBAHAGIAN VVIP DI PENTAS UTAMA.
PEMIMPIN 1MALAYSIA.
KETIBAAN YB MENTERI KKLW DI SAMBUT PENUH MESRA.
BERAMAH MESRA DENGAN PENDUDUK BEKENU.
PERDANA MENTERI MENYAMPAIKAN AMANAT.
Selesai Majlis di Bekenu, saya meneruskan misi ke Pulau Bruit, Daro, Daerah Mukah untuk membuat tinjauan pelaksanaan Baruan Rumah untuk penduduk miskin tegar. Pengalaman dan cabaran yang kami lalui semasa membuat pemantauan di Pulau Bruit akan saya paparkan di "post" yang bertajuk "The Lost World - Pulau Bruit"
Wassalam.
Hampir 2 ribu penduduk yang terdiri dari Orang Ulu keluar menyambut ketibaan YAB PM di Majlis Mesra Rakyat.
Selesai di Long Banga YAB PM meneruskan program Mesra Rakyat ke Bekenu, Miri. Di Bekenu, rakyat meraikan Hari Jadi YAB yang ke 57 yang jatuh pada 23 Julai 2010. Penyampaian bantuan pelajaran kepada 50 murid-murid miskin dan penerima Bantuan Rumah juga di adakan.
Selesai di Bekenu, YAB PM meneruskan program Mesra Rakyat ke Senadin. Disini seramai 80 orang penduduk miskin diberi bantuan di bawah Program Sentuhan Harapan anjuran Petronas.
Pada sebelah malamya pula, Majlis Mesra Rakyat di adakan di Stadium Mini Sibu. Hampir penuh stadium dengan para hadirin. Di majlis ini beberapa pertunujukan kebudayaan tepatan yang bertemakan 1 Malaysia diadakan semasa majlis makan malam di adakan.
Sebahagian gambar-gambar di bawah menceritakan segala-galanya.
Selesai Majlis di Bekenu, saya meneruskan misi ke Pulau Bruit, Daro, Daerah Mukah untuk membuat tinjauan pelaksanaan Baruan Rumah untuk penduduk miskin tegar. Pengalaman dan cabaran yang kami lalui semasa membuat pemantauan di Pulau Bruit akan saya paparkan di "post" yang bertajuk "The Lost World - Pulau Bruit"
Wassalam.
Saturday, February 27, 2010
KEMBARA PERDANA 1MALAYSIA-BERSAMA PERDANA MENTERI KE SARAWAK
Gambar di atas memberi seribu makna kepada pendidik kita yang bertugas nun jauh di pedalaman.
Bagi kami yang menyertai Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri ke Sarawak pada 23 dan 24 Februari 2010 agak tersentuh bila para pendidik dari Sekolah Rendah di daerah Kamidan Jaya, Seratok, Sibu, Sarawak begitu teruja bila mendapat peluang bergambar bersama YAB Perdana Menteri. Walaupun tidak tercatat didalam jadual lawatan, peluang yang muncul entah untuk sekian lama mereka menanti, inilah agaknya bagi mereka satu-satu peluang yang harus mereka ambil. Apatah lagi semenjak merdeka kata mereka "inilah satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang pernah sampai ke kampung halaman mereka".
Tampa bertanya dan tampa menghiraukan kerenah protokol, YAB Perdana Menteri menyambut dengan penuh insaf akan permintaan mereka walaupun hanya sekadar bergambar diperkarangan sekolah yang agak usang. Di panas cahaya matahari yang terik memancar dan dalam keadaan mengejar waktu YAB Perdana Menteri yang menjadi idola mereka sejak sekian lama secara bersahaja duduk bersama mereka. Semuanya merasa puas.
Catatan di atas merupakan sekadar gambaran, bagaimana sambutan rakyat di kawasan pedalaman kepada YAB Perdana Menteri yang kalau boleh saya catatkan kata-kata beliau yang tidak perlu disambut dengan karpet merah, wa ima bunga manggar. Kerana kata beliau apa yang penting di era pemerintahannya, "Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Diutamakan" demi 1 Malaysia.
Kembara Perdana 1Malaysia agak berbeza dengan Kembara 1Malaysia yang dipaparkan sebelum ini. Kembara Perdana 1Malaysia akan mencatatkan perjalanan saya bersama-sama YAB Perdana Menteri baru-baru ini ke negeri Sarawak.
Kembara yang saya lalui bersama-sama YAB Perdana Menteri agak berbeza, kerana pertamanya ia di ketuai oleh Perdana Menteri, kedua ianya membawa berita-berita gembira kepada rakyat di pedalaman dan ketiganya kembara kali ini memberi peluang kepada saya mengenali lebih dekat YAB Perdana Menteri, bukan sahaja keperibadiannya sebagai seorang pemimpin, malahan mendekati cara beliau berkerja dan menangani masalah-masalah rakyat di kawasan pedalaman atau kalau boleh saya petik kata-kata YAB Perdana Menteri "kawasan-kawasan pesisir".
Kembara kali ini juga berbeza kerana kami perlu menaiki helikopter disepanjang lawatan ke 5 (lima) lokasi lawatan dan sejumlah 11 (sebelas) buah helikopter pelbagai jenis dan jenama digunakan untuk membawa rombongan YAB PM.
Kembara kami bersama YAB PM bermula di Rumah Panjang Juliana, Kamidan Jaya, Awik, Saratok.
Perjalanan menaiki helikopter dari Kuching mengambil masa lebih kurang 30 minit, berbanding 2 jam melalui jalan darat.
Di Rh. Juliana, sambutan yang diberikan oleh penduduk tempatan amat menggalakan, sehinggakan YAB PM mengambil masa hampir setengah jam untuk bersalaman dengan penduduk yang setia menanti semenjak awal pagi lagi.
Di Rh. Juliana YAB PM juga sempat merasmikan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang dilaksanakan oleh KKLW. Sesungguhnya penduduk di persikitaran Kamidan Jaya amat bertuah, bukan sahaja dengan kehadiran YB PM, malahan juga mendapat manfaat apabila pada malam harinya kampung mereka diterangi cahaya neon yang selama ini mereka tidak pernah bermimpi akan memperolehinya. Itulah khidmat kami selaku Kementerian yang perihatin kepada rakyat terutama di pesisir luar bandar.
YB Menteri Luar Bandar Bersama Pegawai Kanan KKLW
Menandatagani Plak Perasmian BELB
Sempurna Sudah Perasmian BELBDari Rh. Juliana di Kamidan Jaya kami bertolak ke Lachau Ulu, Lachau, Sri Aman juga untuk menyempurnakan acara perasmian Bekalan Elektrik Luar Bandar yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan luar Bandar dan Wilayah.
Suasana sambutan dan kemeriahan di Rh. Radin amat meneruja semua tetamu yang hadir. Hanya gambar-gambar berikut yang mempunyai makna tersendiri.
YAB PM dan Ketua Menteri Sarawak Teruja Dengan Sambutan Yang Diberikan.
Sebahagian Penduduk Yang Hadir.
Sabar Menanti Ketibaan YAB PM.
Sambutan Penuh Tradisi.
Menanti Dengan Penuh Harapan.
Terpegun Dengan Sambutan Rakyat Luar Bandar.
Pegawai-Pegawai KKLW Mengira Peruntukan Yang Akan Diumumkan Oleh YAB PM.Lawatan saya bersama YAB PM diteruskan ke Pekan Simunjan Sarawak.
Di Simunjan, YAB PM melakukan "walkabout" meninjau tebing sungai Baram yang dikatakan sering mengalami banjir atau apabyang dikatakan "Acap" bagi penduduk tempatan dan diikuti dengan acara "walkabout" YAB PM dan beramah mesra dengan peniaga-peniaga di pasar Simunjan.
Lawatan di Pekan Simunjan diakhiri dengan pengumuman oleh YAB PM dengan beberapa projek yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan kebanyakannya melibatkan projek-projek infrastruktur di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Antaranya ialah cadangan menaiktaraf Jalan Gedong - Simunjan dengan kos sebanyak RM123 juta, Menaiktaraf Jalan Kg. Pantong - Simunjan sejauh 8.5 km. dengan kos RM9.0 juta, melaksanakan projek Pencegahan Banjir Sg. Simunjan Lama berjumlah RM3.0 juta dan pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar bagi 8 buah kampong di Daerah Gedong dan Simunjan berjumlah RM2.2 juta.
Hampir bergegar Pekan Simunjan sebaik sahaja YAB PM membuat pengumuman akan projek-projek berkenaan. Syukur Alhamdulillah, itulah yang dikatakan 1Malaysia.
Berapa Besar Buaya Di sini?
Sungai Baram.
YAB PM Membuat Tinjauan Sungai Baram.
Liputan Yang Meluas Diberikan oleh Media Masa
Lagi Liputan Oleh Media Masa.Begitulah catatan ringkas lawatan saya bersama YAB PM untuk hari pertama (22 Februari 2010) dan pada keesokan harinya saya meneruskan tugasan mengikuti lawatan YAB PM untuk hari kedua ke Nanga Tada, iaitu ke Rumah Penempatan Semula Nanga Tada, Sungai Kabah, Kanowit (RASCOM). Majlis sambutan di buat disalah sebuah rumah panjang, Rumah Ugap ak Penghulu Seribu.
Pintu Masuk Ke Rumah Ugap ak Penghulu Seribu.
Rumah Panjang, Rumah Ugap ak Penghulu Seribu.Di kawasan penempatan ini terdapat 16 buah rumah panjang yang didiami oleh 284 keluarga dengan jumlah penduduk seramai 2,152 orang.
Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia serta rombongan disambut dengan tarian ngajat dan persembahan gendang/gong oleh penduduk berbangsa Iban dari kawasan Skim Penempatan Semula ini. YAB PM serta rombongan kemudian meluangkan masa untuk bersalaman dengan hadirin yang hadir.
Gadis-Gadis Sunti Setia Menanti Ketibaan YAB PM dan Rombngan.
YAB PM Di Serbu.
Peluang Tidak Dilepaskan - Semua Mahu Bersalam Dengan Pemimpin No. 1.YAB PM bersama rombongan turut serta dalam upacara miring.
Majlis Miring Satu Tradisi Memohon Keselamatan.Ucapan Alu-Aluan oleh Yang Berbahagia Datuk Gramong Juna, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Sarawak (Ahli DUN N. 44, Machan). Antara isu-isu yang diketengahkan adalah seperti berikut:
Memohon supaya klinik didirikan di Nanga Tada;
Memohon pembinaan jalan raya bagi menghubungkan Nanga Jagau, Nanga Ngungun dan rumah-rumah panjang di sepanjang Sungai Ngemah;
Memohon bagi pihak penduduk di Skim Penempatan Semula Nanga Tada, Ngungun, Jagau dan Sekuau supaya masalah status tanah yang kini di bawah Federal Land Commissioner diserahkan kepada mereka sepertimana yang dijanjikan 38 tahun dahulu semasa perpindahan.
Seterusnya Yang Amat Berhormat, Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyampaikan ucapan di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan YAB PM di atas peruntukan sebanyak RM2,000 juta kepada Negeri Sarawak untuk membina jalan raya sepanjang 1000km dalam tempoh masa 2 tahun ini.
Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Patinggi Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak di dalam ucapannya pula, antara lain memberi jaminan dan kelulusan pelaksanaan projek seperti berikut:
1.Usaha untuk membawa balik jenazah 22 orang rakyat Sarawak yang telah terkorban di Semenanjung Malaysia semasa melawan komunis;
2.Bantuan akan terus disalurkan kepada keluarga mendiang Renjer Mathew yang telah terkorban di tangan AL-Maunah suatu masa dahulu;
3.Peruntukan berjumlah RM18 juta atau RM 12,000 setiap rumah diluluskan untuk membaikpulih dan membuat pendawaian baru bagi 1,420 buah rumah di Skim Penempatan Semula Nanga Tada, Jagau, Ngungun dan Sekuau;
4.Peruntukan berjumlah RM8 juta diluluskan bagi membina jalan raya dari Nanga Jagau ke Nanga Ngungun;
5.Peruntukan berjumlah RM9 juta diluluskan untuk membina Klinik Kesihatan di Nanga Tada dan Projek ini akan dimasukkan di bawah RMK-10;
6.Program Khas Yayasan 1Malaysia yang dipengerusikan Oleh YAB PM sendiri akan menyalurkan bantuan dalam bentuk simpanan Buku BSN kepada seramai 477 orang pelajar. Sejumlah RM450 setahun akan diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan RM600.00 setahun kepada pelajar sekolah menengah bermula pada tahun ini; dan
7.Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui agensinya iaitu RISDA dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak dipertanggungjawabkan untuk mengenalpasti kawasan bagi tanaman kekal seperti getah bagi menjana pendapatan tetap kepada penduduk tempatan di kawasan Skim ini.

Menyampaikan Cek Sumbangan Yayasan 1Malaysia.
Sebahagian Pelajar Yang Mendapat Bantuan Yayasan 1Malaysia.Selesai lawatan ke Nanga Tada, kami terus bertolak ke Bandar Sibu untuk satu lagi Majlis Rasmi iaitu "Walkabout" di pasar pekan Sibu.
Menanti Ketibaan YAB PM.
Sebahagian Yang Hadir Untuk Menyambut Ketibaan YAB PM.
"Walkabout Di Pasar Sibu"
Beramah Mesra Dengan Peniaga.Lawatan saya bersama YAB PM berakhir dengan Jamuan Makan Tengahari di RH Hotel Bandar Sibu bersama masyarakat Tionghua.
Rasanya tidak lengkap catatan saya kali ini kalau peristiwa yang menimpa saya dan beberapa rakan yang bersama di dalam helikopter yang saya naiki disepanjang lawatan bersama YAB PM tidak saya catatkan disini. Hanya doa dan kesyukuran sahaja yang saya dapat panjatkan kepada Allah S.W.T kerana saya masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar dan masih dapat bertemu keluarga serta melaksanakan tugas seperti biasa.
Mungkin sudah biasa kita mendengar orang akan menggunakan "jumper battery" untuk mengidupkan enjin kereta bila baterinya lemah. Tapi mungkin tidak pernah kita mendengar helikopter juga akan di "jumper" dengan bateri bila beterinya lemah. Itulah yang berlaku kepada kami apabila mahu bertolak dari Simunjan ke Kuching pada lawatan hari pertama bersama YAB PM.
Kalau semasa lawatan bersama YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum ini, helikopter kami terpaksa membuat penderatan kecemasan di tengah-tengah hutan belantara akibat ditimpa hujan lebat dan angin ribut, kali ini, helikopter kami mengalami masalah bateri yang lemah dan tidak dapat menghidupkan enjin.
Alhamdulillah akhirnya setelah mencuba bebrapa kali, enjin helikopter dapat dihidupan dan kami berlepas ke Sibu.
Tetapi perjalanan selama 20 minit bagi kami dirasakan seolah-olah dua hari perjalanan. Apakan tidak, walaupun helikopter kami dapat terbang, tapi hati ini sahaja yang mengetahui betapa gusar dan takutnya kami oleh kerana bunyi enjin tidak seperti kebiasaan. Bising teramat bising dan sekali sekala badan helikopter bergegar seolah-olah akan berkecai di udara. 20 minit terlalu lama untuk kami tiba di Kuching. Kami terbang agak rendah dan seolah-olah dalam berjaga-jaga. Semua penumpang tidak berkata, hilang suara hanya mata sahaja yang bertentangan antara satu sama lain. Ada yang rasa kecut, ada yang buat-buat tidur dan ada yang masih sibuk mengambil gambar dan video dari udara (saya la tu). Akhirnya kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuching. Dan malamnya, pemilik memaklumkan kami bahawa helikopter tersebut tidak lagi dapat diterbangkan dan perlu diperbaiki.
Syukur alhmadulillah, pengalaman kedua menghadapi kecemasan menaiki helikopter tidak melemahkan semangat saya untuk terus berbakti kepada masyarakat luar bandar dan pada 27 Mac 2010 sekali lagi saya dan rombongan Setiausaha Politik YAB PM akan menjelajah buat sekian kalinya ke daerah "pesisir" negeri Sarawak untuk menyambung misi meninjau masalah dan isu pembangunan di pesisir atau pedalaman Sarawak.
Masakan kita harus mengalah oleh kerana kita pernah mengalami kecemasan sedemikian. Kerana ajal akan menjemput kita dimana-mana dan bila-bila masa sahaja wa ima sesaat pon tidak dapat di tangguhkan. Dan selagi nayawa masih ada, selagi itu misi harus diteruskan. Jika ditakdirkan perginya saya dari dunia ini oleh kerana "helikopter" saya pasrah, namun untuk mengalah dan tidak mahu menaikinya lagi jauh sekali. Kerana tugas memerlukannya maka kita harus menempuhnya dengan tabah dan penuh tawakkal, sepertimana juga YAB PM, tampa mengira waktu, penat dan kisibukan, misi untuk merialisasikan 1Malaysia harus diteruskan.
WASSALAM.
(Dan jangan ada pula dikalangan pembaca yang tersalah tanggap yang akan melebelkan saya kali ini sebagai orang kanan YAB PM pula sepertimana yang di labelkan sebelum ini sebagai orang yang rapat dengan YB Menteri KKLW - catatan ini dan yang sebelumnya hanyalah merupakan sekadar apa yang saya lalui bersama sesiapa sahaja sebagai catatan peribadi dan untuk dikongsi bersama dengan mereka yang tidak berpeluang untuk turut serta, tidak lebih dari itu.).
Subscribe to:
Posts (Atom)

