Salam Sejahtera

"Ini adalah semata-mata catatan saya berdasarkan kepada apa yang saya lalui, sama ada ianya urusan rasmi berkaitan tugas mahupun catatan aktiviti peribadi serta apa yang dirasakan seharusnya dikongsi bersama"
"USE YOUR HEART WHEN YOU DEAL WITH OTHERS, AND USE YOUR BRAIN WHEN YOU DEAL WITH YOURSELF"
Showing posts with label Haji. Show all posts
Showing posts with label Haji. Show all posts

Sunday, March 1, 2009

PERJALANAN HAJI SIRI AKHIR

Alhamdulillah, berjumpa kembali kita di bicara Perjalanan Haji saya. Dan ini adalah catatatan akhir yang sempat saya nukilkan di sini. Moga-moga catatan ini akan menjadi panduan dan perangsang kepada bakal-bakal haji tahun ini.

kepada rakan-rakan saya yang membaca catatan Perjalanan Haji ini, semaikanlah cita-cita untuk mengerjakan Haji dan jika telah mampu, janganlah dilengah-lengahkannya. Sesungguhnya Allah amat mengetahui apa sahaja hajat kita dan InsyaAllah segala apa yang baik yang dihajatkan akan dipermudahkannya.

Jika di siri II saya membuat catatan aktiviti kami sementara menanti hari wukuf. Kali ini saya akan membicarakan perjalanan kami semasa hari wukuf dan sehinggalah pulang ke Malaysia.

Pada 8 Zulhijjah 1429 kami bertolak ke Arafah untuk melaksanakan ibadat wukuf yang menjadi salah satu rukun dalam ibadat haji. Kami bertolak dari hotel penginapan selepas waktu asar dan tiba di Arafah lebih kurang jam 7 malam.

Sepanjanag berada di Arafah kami berdoa dan membaca kitab suci sementara menunggu masuknya waktu wukuf pada 9 Zulhijjah.

Pemandangan disini semuanya putih dan segala-galanya putih apabila semua jemaah haji mengenakan kain ihram.

Di Padang Arafah





Bersama YB Dato' Zahid Hamidi


Selesai kami menunaikan wukuf di Arafah, kami bertolak ke Mudzalifah untuk mabit sebelum bertolak ke Mina.

Di Muzdalifah




Kami tiba di Mudzalifah sebaik sahaja masuk waktu maghrib dan berada di sana sehingga jam 12 tengah malam. Mabit berlaku selepas tengah malam dan kami seterusnya di bawa ke Mina tepat jam 2.00 pagi waktu tempatan dan tiba di Mina pada jam 4.00 pagi. Walaupun jarak di antara Mudzalifah ke Mina tidak begitu jauh, tapi oleh kerana kenderaan yang terlalu banyak, masa yang diambil agak lama.

Sesampai kami di Mina, kami terlebih dahulu menyiapkan tempat rehat (tidur) dengan menyusun tilam-tilam Jemaah mengikut susunan yang telah ditetapkan oleh pakej haji kami.

Suasana Dalam Kemah Di Mina




Selesai menunaikan fardhu Isyak pada hari pertama di Mina, kami di bawa untuk melontar di Jumratul Qubra bagi menunaikan syarat untuk membolehkan kami membuka ihram.

Perjalanan dari kemah ke tempat melontar adalah lebih kurang 3.5 km. dan secara kumpulan kami di bawa melalui trowong Muassim yang terkenal dengan peristiwa berdarah pada suatu ketika dahulu. Tapi kini, trowong tersebut telah di bena dalam dua hala dan tiada lagi berlaku pertembungan jemaah haji.

Perjalanan dari kemah ke jamrah dirasakan agak cepat, walaupun jauhnya 3.5 km. Ini adalah kerana masing-masing jemaah rasa bersemangat apabila sambil berjalan kami berzikir dan bertasbih dengan menyebut Labbaikallah Hummalabait, Labbaikalasyarika Kalakalbbaik, Innalkhamda, Wannikmat, Lakawalmuk, Laa Syarikalah.

Dengan zikir tersebut, lebih kurang setengah jam kami sampai di Jamrahtul Qubra dan terus membuat lontaran sebanyak 7 biji batu dan terus pulang semula ke kemah.

Menuju Jamrah


Bersama Dato' Haji Misbun Sidek


Kami berada di Mina selama dua malam dan setelah selesai melontar untuk hari yang ke dua, iaitu pada 12 Zulhijjah (Nafal Awal) kami terus pulang ke Makkah dengan menaiki bas di penghujung Jamrah sebaik sahaja selesai melontar pada pagi tersebut.

Tiba di Makkah, kami berehat seketika dan selepas waktu Zohor, kami terus ke Masjidil Haram untuk menunaikan tawaf dan saie haji.



Selesai mengerjakan tawaf dan sai haji, maka sempurnalah haji kami. Samaada haji kami mabrur atau tidak itu adalah ketentuan Illahi. Moga-moga kami dikurniakan haji yang mabrur.

Begitulah perjalanan kami mengerjakan haji bagi musim 2008M/1429H.

Walau bagaimanapun, kami masih ada lebih kurang 2 minggu untuk berangkat pulang ke tanah air. Dalam tempoh itu kami terus mengerjakan perkara-perkara sunat seperti mengerjakan umrah dan beribadat di Masjidil Haram. Peluang sedemikian seharusnya di rebut.

Di samping itu kami juga mengambil peluang meninjau keindahan Masjidil Haram. Rasa tersentuh dengan seni bina dan suasana di Masjidil Haram membuatkan saya membuat rakaman untuk tatapan pembaca.

Membeli Belah Di Perkarangan Hotel

Seni Bina Yang Mengkagumkan



Jam Penunjuk Masa dan Waktu Solat

Rak Al-Quran Untuk Bacaan Jemaah


Pada tanggal 24 Disember 2008, tibalah masa kami berangkat pulang ke Tanah Air setelah selama 44 hari kami di Tanah Suci Makkah dan MAdinah.

Tepat jam 1.00 pagi kami melakukan Tawaf Wada' iaitu tawaf selamat tinggal. Tawaf ini wajib dilakukan bagi setiap jemaah haji yang akan meninggalkan Makkah.

Selesai melakukan tawaf Wada', kami kembali semula ke hotel untuk menaiki bas menuju ke lapangan terbang Jeddah.

Tepat jam 3.00 pagi kami bertolak dan perjalanan ke lapangan terbang Jeddah mengambil masa hampir 2 1/2 jam. Kami tiba di asrama transit Jeddah pada jam 5.30 pagi dan sempat menunaikan fardhu subuh berjemaah di masjid Madinatul Hujjaz.

Selepas sarapan pagi kami berehat dan menunggu waktu untuk menimbang barang dan urusan tiket penerbangan pulang. Sementara menunggu waktu tersebut kami berehat di bilik asrama yang disediakan.

Kami berangkat ke lapangan terbang Jeddah pada jam 3 pagi pada 25 Disember 2008 dan tiba pada jam 4 pagi. Urusan daftar masuk dan pemeriksaan passport berjalan lancar dan tepat jam 8 pagi kami berangkat ke Malaysia dengan Saudi Air. Tahniah diucapkan kepada petugas Zahafiz Travel dan Lembaga Tabung Haji yang menguruskan perjalanan pulang jemaah haji dengan baik dan cemerlang.

Penerbangan kami mengambil masa 8 1/2 jam dan tiba di KLIA pada jam 9.00 malam.

Barang-barang Jemaah Dimuatkan Ke Atas Bumbung Bas


Pemandangan di Madinatul Hujjaz

Jemaah Haji Berehat Di Asrama

Bersama Petugas Zahafiz Travel Di Madinatul Hujjaz

Menunggu Untuk Boarding Di Airport Jeddah

Dalam Penerbangan Ke Malaysia

Tiba Di KLAI


Begitulah Perjalanan Haji kami. Harapan kami agar catatan ini akan menjadi panduan dan semangat kepada pembaca untuk menunaikan haji.

Pesanan kami, jika anda berhajat untuk menunaikan haji, betulkan niatnya, iaitu kerana Allah Taala dan bukan kerana semata-mata kerana orang telah haji kita pon nak haji atau kerana malu kepada kawan-kawan.

Mengerjakan haji adalah satu rukun yang wajib bagi orang Islam yang mampu dan hanya perlu dilakukan sekali di sepanjang hayat. Maka segerakanlah jika mampu dan seboleh-bolehnya semasa umur masih muda dan tenaga masih kuat.

Sekian, catatan saya.

Wassalam.

Friday, January 30, 2009

PERJALANAN HAJI SIRI II

Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada pengunjung blog saya ini oleh kerana kisah Perjalanan Haji Saya Siri II nampaknya lama sangat nak bersambung. Ini bukanlah disengajakan. Oleh kerana kesibukan tugas yang amat menekan dan saya sering menjalankan tugas luar, sambungan Siri II agak lambat di postkan.

Walau bagaimanapun saya berharap peminat golopksiam tidak kecewa dan terus melayari blog saya yang tak seberapa ini.

Bagi Perjalanan Haji Ssiri II ini saya akan meneruskan kisah-kisah dan pengalaman kami mengerjakan haji Tahun 2008 dengan perjalanan kami menuju ke Makkah Tul Mukarramah setelah 9 hari kami di Madinah Tul Munawwarah.

Pada Tanggal 19 November 2008 jam 9 pagi kami bertolak ke Maakkah dengan menaiki Bas Muassasah. Sebanyak tiga bas digunakan bagi membawa seramai 120 Jemaah haji ke Makkah.

Perjalanan kami dari Madinah ke Makkah mengambil masa lebih kurang 8 jam dengan menempuh sebanyak 4 chekpoint di sepanjang perjalanan. Setelah hampir 6 jam kami berjalan kami singgah di Masjid Birl Ali untuk memasang niat mengerja Umrah serta Haji kami.










Masjid Birl Ali






Kami singgah lebih kurang satu jam di Masjid ini untuk mengerjakan sembahyang sunat serta memasang niat Umrah dan Haji kami.

Kami meneruskan perjalanan menuju Makkah dan sampai di Makkah lebih kurang jam 8 malam.

Sesampai sahaja di Makkah kami diagih-agihkan bilik penginapan dan seterusnya dihidangkan dengan makan malam.

Setelah berehat seketika dan selesai makan malam, kami dibawa secara berkumpulan ke Masjidil Haram untuk melakukan Tawaf dan Saei Umrah. Ini adalah kerana semua jemaah melakukan Haji Tamattut dan perlu melakukan umrah dahulu sebelum tiba waktu melakukan haji.









Terpegun, kali pertama melihat Kaabah.







Maka bermulalah ujian demi ujian ke atas kami sebaik sahaja tiba di Makkah. Tapi bagi kami segala ujian tersebut kami redha dan anggap sebagai dugaan bagi menguji kesabaran kami serta ada hikmahnya. Kami tempuhi segala ujian tersebut dengan penuh kesabaran dan sentiasa berdoa agar tiada ujian yang tidak dapat ditanggung.

Sebaik sahaja kami selesai melakukan umrah kali pertama, kami berjalan untuk pulang ke hotel penginapan kami yang letaknya hanya 300 meter dari Masjidil Haram. Malangnya, kami tersasar laluan pulang dan setelah hampir 30 minit berjalan kami masih lagi tidak ketemui hotel kami.......lalu kami mengambil keputusan untuk berehat dan berdoa seketika agar Tuhan memberi petunjuk.....tut-tup selesai sahaja memohon doa....tiba-tiba sebaik sahaja berjalan beberapa langkah kami terpandang hotel penginapan kami, Alhamdulillah doa kami dimakbulkan.













Hotel Nesma Mawaddah, Makkah







Begitulah pengalaman kami pada hari pertama berada di Makkah.
Walau bagaimanapun, kami rasa bersyukur dengan dugaan tersebut dan ini mengingatkan kami agar berhati-hati dan tidak merasa angkuh bila berada di tempat orang.
Hari-hari seterusnya semasa kami berada di Makkah sementara menanti tibanya hari wukuf, kami penuhi dengan mengerjakan solat fardhu di Masjidil Haram di samping mengerjakan solat sunat sebanyak yang mungkin. Sepertimana pesan ustaz kami, kerjakanlah solat sunat sebanyak mungkin di Masjidil haram disamping solat fardhu agar tuhan akan megampunkan segala dosa-dosa yang lepas.

Sekali-sekala kami mengunjungi kedai-kedai yang berderet disekitar hotel kami. Murah dan menawan segala barang-barang yang didagangkan. Kata orang "rabun mata" dan kalau boleh semuanya nak beli.






Membeli belah di sekitar hotel penginapan








Hari-hari seterusnya sebelum tiba waktu wukuf di Arafah kami menjalankan rutin harian dengan berulang alik ke Masjidil Haram bagi menunaikan solat fardhu dan sekali sekala mengerjakan Umrah.

Kenangan yang tak dapat kami lupakan ialah sewaktu menaiki taksi ke Tanaim, iaitu tempat di mana kami akan memasang niat untuk melakukan Umrah. Kami bertiga menaiki van pick-up dan duduk di bahagian belakang van berkenaan, untungnya tambang dari hotel ke Masjid Tanaim dan kembali semula ke Masjidil Haram hanya 4 Saudi Rial.










Manaikki Van Pick-up ke Tanaim













Sebahagian Jemaah Haji Di Masjid Tanaim








Disamping mengerjakan Umrah sementara menanti hari wukuf kami juga menjalankan aktiviti seperti mendengar ceramah agama, tahlil dan lawatan atau ziarah ke tempat-tempat bersejarah.

Antara tempat yang sempat dilawati ialah ladang unta, kilang membuat kelambu kaabah, makam sahabat-sahabat nabi serta isteri nabi, rumah kelahiran nabi serta beberapa tempat yang mempunyai kaitan dengan sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan agama Islam.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar aktiviti kami semasa berada di Makkah sebelum tiba hari wukuf.










Selepas menunaikan umrah pertama

















Lawatan sekitar Jabal Rahmah












Ladang Unta

























Makam Siti Khadijah















Mendengar penerangan dari pemandu ziarah.
















Sebahagian Jemaah Kusyuk Mendengar Tazkirah



















Sebahagian Jemaah Menuju Masjidil Harram Untuk Menunaikan Solat Subuh.











Begitulah antara kegiatan kami di sepanjang perjalanan kami mengerjakan haji dan sementara menunggu hari wukuf.

Insya Allah siri ini akan bersambung pula dengan perjalanan haji kami menuju Arafah dan seterusnya perjalanan kami mengerjakan haji dan diikuti dengan hari-hari terakhir kami di Makkah Tul Mukarramah.

Selamat membaca. Wassalam

Saturday, December 27, 2008

PERJALANAN HAJI SIRI I

Syukur Alhmadulillah, kami bedua selamat kembali ke Tanah Air pada malam 25 Disember 2008 setelah menempuh penerbangan selama 8 jam 10 minit dari Jeddah.

Alhamdulillah semuanya selamat dan sempurna dilaksnakan. Samaada kami mendapat Haji Mabrur itu adalah urusan Allah SWT. Harapan kami semoga kami diberikan Haji Mabrur.

Kembali saya ke Blog GolokSiam ini adalah untuk melakarkan serba sedikit pengalaman Perjalanan Kami mengerjakan Ibadat Haji untuk dikongsi bersama.

Pada tanggal 10 November 2008 kami bertolak dari Malaysia ke Madinah bagi memulakan perjalanan Haji kami dengan melaporkan diri di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.

Diberi Taklimat oleh Ketua Package Haji Zahafiz Travel and Tours

Sebahagian Jemaah Haji Menanti Untuk Bertolak Ke KLIA

Tepat jam 12.00 malam kami di bawa dengan 12 buah bas ke KLIA dan bertolak dengan penerbangan Saudi Air tepat jam 1.30 pagi (11 November 208) menuju Madinah.

Penerbanga kami mengambil masa selama 8 jam 10 minit dan kami tiba di lapangan terbang Madinah pada jam 10.30 pagi waktu Malaysia, bersamaan jam 5.30 pagi waktu Madinah.

Di Lapangan Terbang Madinah.

Sebaik sahaja tiba di Madinah kami di bawa ke hotel penginapan yang letaknya lebih kurang setengah jam perjalanan dari lapangan terbang. Elaf Taibah Hotel (5 Bintang) menjadi hotel penginapan kami untuk tempoh 8 hari di Madinah.

Elaf Taibah Hotel

Perjalanan Haji kami bermula dengan melakukan ziarah ke Masjid Nabawi dan beberapa tempat bersejarah di Madinah di samping kami pada setiap waktu fardhu solat tidak melepaskan peluang untuk berkunjung dan melalkukan sembahyang berjemaah di Masjid Nabawi.
Masjid Nabawi Madinah.

Masjid Quba'

Sebahagian Jemaah Afrika Di Perkarangan Masjid.

Masjid Nabawi Dari Hotel Penginapan.

Jemaah Haji Indonesia Sedang Diberi Ceramah.

Lawatan Ke Makam Syuhada (Bukit Uhud).

Bekas Air Zam Zam Dalam Masjid

Mengambil Air Zam Zam Diperkarangan Masjid Nabawi.

Indahnya Masjid Nabawi.

Pasar Kurma Madinah.

Sekadar Kenangan.

Perjalanan Haji kami akan bersmabung di Siri II.