Salam Sejahtera

"Ini adalah semata-mata catatan saya berdasarkan kepada apa yang saya lalui, sama ada ianya urusan rasmi berkaitan tugas mahupun catatan aktiviti peribadi serta apa yang dirasakan seharusnya dikongsi bersama"
"USE YOUR HEART WHEN YOU DEAL WITH OTHERS, AND USE YOUR BRAIN WHEN YOU DEAL WITH YOURSELF"

Thursday, March 5, 2009

Pangkor Oh Pangkor

Salam sejahtera, selamat berjumpa kembali.



Semenjak semalam 4 Mac 2009 saya berada di Pulau Pangkor, Lumut, Perak kerana mengendalikan Bengkel Penilaian Outcome Program Pembangunan KKLW 2009.

Selaku Ketua Urusetia Bengkel saya teruja dengan Urus Setia yang mengendalikan Bengkel ini. Semuanya di atur dengan baik dan nampaknya berjalan lancar.

Seramai 56 Orang peserta menghadiri Bengkel ini yang datangnya dari semua agensi dan bahagian di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Pulau Pangkor.


Sebahagian Daripada Peserta Bengkel.


Urus Setia Yang Setia.


Hari Pertama Bengkel, peserta di beri penerangan mengenai perjalanan Bengkel dan diikuti dengan pembentangan lima Penilaian Outcome Terbaik yang dijalankan pada tahun 2008. Agensi dan Bahagian yang membuat pembentangan ialah dari Felcra Berhad dengan Projek Agropolitan Pulau Bangi dan Projek Bekalan Air Bersih Siatem ReikulasiBekalan Air Perkampungan Felcra Berhad, Kawasan Bukit Kepung, Daerah Muar, Johor Darul Takzim. Bahagian Pengurusan Maklumat KKLW dengan Kajian Impak Program Infodesa (PID). Bahagian Pembasmian Kemiskinan dengan projek Program Peningkatan Pendapatan (PPP) Skim Kesejahteraan Rakyat (SPKR): Projek PPP Di Jajahan Kuala Kerai, Kelantan dan pembentanagn oleh KEJORA dengan Program Penilaian Outcome dan Impak Program Pembangunan Ekonomi Penduduk (Gerai).

Peserta Bengkel.

Sebelah petang pula, peserta Bengkel akan mengadakan perbincangan tajuk-tajuk Penilaian Outcome yang akan dijalankan pada tahun 2009.

Wakil KEJORA Sedang Membuat Pembentangan.


Wakil ICU Memberi Ulasan.


Bengkel ini akan dibuat penutupan rasmi pada 6 Mac 2009 oleh Y. Bhg. Datuk Haji Basar Haji Abd. Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sosial) KKLW.

Bagi pihak KKLW, saya ingni merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada wakil-wakil daripada Unit Penilaian, ICU, JPM, serta wakil-wakil daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan (PPN), Negeri Perak yang juga turut serta sebagai pemerhati dalam bengkel kali ini.

Peserta Bengkel Sedang Berbincang.


Wakil Daripada PPN Perak Selaku Pemerhati.

Semoga Bengkel ini akan memberi lebih kefahaman kepada semua pegawai-pegawai KKLW dan juga Agensi dan seterusnya memberi manfaat kepada pegawai-pegawai dalam memperbaiki perkhidmatan kepada golongan sasar di luar bandar selaras dengan Motto KKLW "KOMUNITI BERDAYA DESA BERJAYA".

Wassalam.

Sunday, March 1, 2009

PERJALANAN HAJI SIRI AKHIR

Alhamdulillah, berjumpa kembali kita di bicara Perjalanan Haji saya. Dan ini adalah catatatan akhir yang sempat saya nukilkan di sini. Moga-moga catatan ini akan menjadi panduan dan perangsang kepada bakal-bakal haji tahun ini.

kepada rakan-rakan saya yang membaca catatan Perjalanan Haji ini, semaikanlah cita-cita untuk mengerjakan Haji dan jika telah mampu, janganlah dilengah-lengahkannya. Sesungguhnya Allah amat mengetahui apa sahaja hajat kita dan InsyaAllah segala apa yang baik yang dihajatkan akan dipermudahkannya.

Jika di siri II saya membuat catatan aktiviti kami sementara menanti hari wukuf. Kali ini saya akan membicarakan perjalanan kami semasa hari wukuf dan sehinggalah pulang ke Malaysia.

Pada 8 Zulhijjah 1429 kami bertolak ke Arafah untuk melaksanakan ibadat wukuf yang menjadi salah satu rukun dalam ibadat haji. Kami bertolak dari hotel penginapan selepas waktu asar dan tiba di Arafah lebih kurang jam 7 malam.

Sepanjanag berada di Arafah kami berdoa dan membaca kitab suci sementara menunggu masuknya waktu wukuf pada 9 Zulhijjah.

Pemandangan disini semuanya putih dan segala-galanya putih apabila semua jemaah haji mengenakan kain ihram.

Di Padang Arafah





Bersama YB Dato' Zahid Hamidi


Selesai kami menunaikan wukuf di Arafah, kami bertolak ke Mudzalifah untuk mabit sebelum bertolak ke Mina.

Di Muzdalifah




Kami tiba di Mudzalifah sebaik sahaja masuk waktu maghrib dan berada di sana sehingga jam 12 tengah malam. Mabit berlaku selepas tengah malam dan kami seterusnya di bawa ke Mina tepat jam 2.00 pagi waktu tempatan dan tiba di Mina pada jam 4.00 pagi. Walaupun jarak di antara Mudzalifah ke Mina tidak begitu jauh, tapi oleh kerana kenderaan yang terlalu banyak, masa yang diambil agak lama.

Sesampai kami di Mina, kami terlebih dahulu menyiapkan tempat rehat (tidur) dengan menyusun tilam-tilam Jemaah mengikut susunan yang telah ditetapkan oleh pakej haji kami.

Suasana Dalam Kemah Di Mina




Selesai menunaikan fardhu Isyak pada hari pertama di Mina, kami di bawa untuk melontar di Jumratul Qubra bagi menunaikan syarat untuk membolehkan kami membuka ihram.

Perjalanan dari kemah ke tempat melontar adalah lebih kurang 3.5 km. dan secara kumpulan kami di bawa melalui trowong Muassim yang terkenal dengan peristiwa berdarah pada suatu ketika dahulu. Tapi kini, trowong tersebut telah di bena dalam dua hala dan tiada lagi berlaku pertembungan jemaah haji.

Perjalanan dari kemah ke jamrah dirasakan agak cepat, walaupun jauhnya 3.5 km. Ini adalah kerana masing-masing jemaah rasa bersemangat apabila sambil berjalan kami berzikir dan bertasbih dengan menyebut Labbaikallah Hummalabait, Labbaikalasyarika Kalakalbbaik, Innalkhamda, Wannikmat, Lakawalmuk, Laa Syarikalah.

Dengan zikir tersebut, lebih kurang setengah jam kami sampai di Jamrahtul Qubra dan terus membuat lontaran sebanyak 7 biji batu dan terus pulang semula ke kemah.

Menuju Jamrah


Bersama Dato' Haji Misbun Sidek


Kami berada di Mina selama dua malam dan setelah selesai melontar untuk hari yang ke dua, iaitu pada 12 Zulhijjah (Nafal Awal) kami terus pulang ke Makkah dengan menaiki bas di penghujung Jamrah sebaik sahaja selesai melontar pada pagi tersebut.

Tiba di Makkah, kami berehat seketika dan selepas waktu Zohor, kami terus ke Masjidil Haram untuk menunaikan tawaf dan saie haji.



Selesai mengerjakan tawaf dan sai haji, maka sempurnalah haji kami. Samaada haji kami mabrur atau tidak itu adalah ketentuan Illahi. Moga-moga kami dikurniakan haji yang mabrur.

Begitulah perjalanan kami mengerjakan haji bagi musim 2008M/1429H.

Walau bagaimanapun, kami masih ada lebih kurang 2 minggu untuk berangkat pulang ke tanah air. Dalam tempoh itu kami terus mengerjakan perkara-perkara sunat seperti mengerjakan umrah dan beribadat di Masjidil Haram. Peluang sedemikian seharusnya di rebut.

Di samping itu kami juga mengambil peluang meninjau keindahan Masjidil Haram. Rasa tersentuh dengan seni bina dan suasana di Masjidil Haram membuatkan saya membuat rakaman untuk tatapan pembaca.

Membeli Belah Di Perkarangan Hotel

Seni Bina Yang Mengkagumkan



Jam Penunjuk Masa dan Waktu Solat

Rak Al-Quran Untuk Bacaan Jemaah


Pada tanggal 24 Disember 2008, tibalah masa kami berangkat pulang ke Tanah Air setelah selama 44 hari kami di Tanah Suci Makkah dan MAdinah.

Tepat jam 1.00 pagi kami melakukan Tawaf Wada' iaitu tawaf selamat tinggal. Tawaf ini wajib dilakukan bagi setiap jemaah haji yang akan meninggalkan Makkah.

Selesai melakukan tawaf Wada', kami kembali semula ke hotel untuk menaiki bas menuju ke lapangan terbang Jeddah.

Tepat jam 3.00 pagi kami bertolak dan perjalanan ke lapangan terbang Jeddah mengambil masa hampir 2 1/2 jam. Kami tiba di asrama transit Jeddah pada jam 5.30 pagi dan sempat menunaikan fardhu subuh berjemaah di masjid Madinatul Hujjaz.

Selepas sarapan pagi kami berehat dan menunggu waktu untuk menimbang barang dan urusan tiket penerbangan pulang. Sementara menunggu waktu tersebut kami berehat di bilik asrama yang disediakan.

Kami berangkat ke lapangan terbang Jeddah pada jam 3 pagi pada 25 Disember 2008 dan tiba pada jam 4 pagi. Urusan daftar masuk dan pemeriksaan passport berjalan lancar dan tepat jam 8 pagi kami berangkat ke Malaysia dengan Saudi Air. Tahniah diucapkan kepada petugas Zahafiz Travel dan Lembaga Tabung Haji yang menguruskan perjalanan pulang jemaah haji dengan baik dan cemerlang.

Penerbangan kami mengambil masa 8 1/2 jam dan tiba di KLIA pada jam 9.00 malam.

Barang-barang Jemaah Dimuatkan Ke Atas Bumbung Bas


Pemandangan di Madinatul Hujjaz

Jemaah Haji Berehat Di Asrama

Bersama Petugas Zahafiz Travel Di Madinatul Hujjaz

Menunggu Untuk Boarding Di Airport Jeddah

Dalam Penerbangan Ke Malaysia

Tiba Di KLAI


Begitulah Perjalanan Haji kami. Harapan kami agar catatan ini akan menjadi panduan dan semangat kepada pembaca untuk menunaikan haji.

Pesanan kami, jika anda berhajat untuk menunaikan haji, betulkan niatnya, iaitu kerana Allah Taala dan bukan kerana semata-mata kerana orang telah haji kita pon nak haji atau kerana malu kepada kawan-kawan.

Mengerjakan haji adalah satu rukun yang wajib bagi orang Islam yang mampu dan hanya perlu dilakukan sekali di sepanjang hayat. Maka segerakanlah jika mampu dan seboleh-bolehnya semasa umur masih muda dan tenaga masih kuat.

Sekian, catatan saya.

Wassalam.

Wednesday, February 18, 2009

PERJALANAN TUGAS RASMI

Selamat berjumpa kembali.

Oleh kerana tugasan rasmi yang agak banyak dan memerlukan komitmen yang tinggi hampir dua bulan rasanya saya tidak merasai hujung minggu.

Semenjak memulakan tugas, selepas kembali dari menunaikan Fardhu Haji, tak silap saya, baru satu hujung minggu yang saya dapat berada bersama isteri dan anak dihujung minggu.

Ini adalah kerana di sepanjang dua bulan pertama tahun 2009, perbagai peristiwa yang tak disangka (tok seko) terjadi. Dari Pilihanraya Kecil Wakaf Mempelam, Program-program KKLW dan isu banjir di Tumpat, Kelantan yang mana memerlukan komitmen dan penyelarasan dari masa ke semasa.

Kata orang selagi nyawa di badan selagi itulah kerja kita tak akan habis.

Mengikuti lawatan YB Menteri ke lokasi projek-projk utama KKLW sudah menjadi kemestian kepada Ketua Pemantau. Apatah lagi bila timbul isu yang melibatkan penduduk luar bandar harus di tangani segera dan pemantaulah yang akan mendahului segala-segalanya.

Dalam Minggu ke dua dan ketiga bulan Februari saya berada di empat lokasi dalam masa satu minggu. Bermula di Sabah selama dua hari, terus ke Seri Aman, Sarawak selama dua hari dan bersambung ke Kelantan untuk menyelesaikan masalah banjir di Tumpat, selama dua hari lagi.

Bukan setakat itu sahaja, saya juga menguruskan penjelmaan Logo KKLW bersama-sama rakan sejawat dari PSM, KKLW dan memastikan Billboard Kempen Mari Belajar (2 jam, 3 jam) dapat dinaikkan sebelum Tahun Baru Cina tempoh hari.

Alhamdulillah, setakat ini apa sahaja tugasan dapat dilaksanakan dengan jaya, berkat bantuan rakan-rakan serta sokongan mereka.

Moga-moga sokongan dan kerjasama rakan-rakan dapat di teruskan. Saya juga telah diberi mandat oleh Pengurusan KKLW untuk menyelaraskan Jawatankuasa Sukan MAKSPEN bagi pihak KKLW. Nampak mudah, tapi pengalaman menguruskan sukan MAKSPEN KKLW pada dua tahun yang lepas agak mencabar, tapi berkat bantuan rakan-rakan saya rasa tugasan ini boleh dijayakan bersama. InsyaAllah. Harapan saya, warga KKLW sama-sama memberi sokongan dalam menjayakan Sukan MAKSPEN yang akan diadakan pada bulan 14 -16 Jun nanti, di UPM, Serdang, Selangor.

Tugas sebagai "liason officer" Projek Pakej Rangsangan Ekonomi 2009 amat mencabar. Mencabar, kerana laporan perlu dihantar ke Perbendaharaan pada setiap 13hb. dan 28hb setiap bulan. Mencabar, kerana projek yang akan dilaksanakan oleh KKLW agak banyak. Dan lagi Mencabar jika KKLW menerima pula peruntukan di bawah Pakej Rangsangan Ke 2 yang akan diumumkan pada 10 Mac 2009 nanti oleh TPM.

Walau bagaimanapun saya yakin, rakan-rakan sejawat yang terlibat akan membantu dan dapat melakukannya dengan jaya. InsyaAllah.

Semoga hasrat membina 17,000 buah rumah orang miskin dapat dijayakan dalam tahun ini, serta membina jalan luar bandar yang baik di laksanakan di Sabah dan Sarawak dan jalan-jalan pertanian dapat dipertingkatkan demi kebaikan penduduk luar bandar dan seterusnya merancakan kegiatan ekonomi negara.

Mengikuti Lawatan YB Menteri KKLW Ke Pulau Banggi, Sabah


YB Menteri Luar Bandar dan Rombongan Di Pulau Banggi, Sabah.


























Sekembali dari Sabah dan masuk pejabat selama 2 hari saya terbang pula ke Sarawak bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Sosial) Y. Bhg Dato' Haji Basar. Tujuan membuat tinjauan projek Agropolitan Pulau Seduku, Batang Lupar, Sarawak.

Perjalanan dari Kucing ke Sri Aman mengambil masa 3 jam melalui jalan darat dan keesokan harinya kami menaiki bot laju menyusuri sungai Batang Lupa yang luas macam lautan selama 1 jam menuju Pulau Seduku.

Sayu rasanya bila melihat dan berjumpa dengan komuniti Pulau Seduku. Kehidupan mereka rata-rata sebagai nelayan sungai dan bergantung hampir 80% kepada alam sekitar. Dari bekalan air yang di tadah dari air hujan kepada bekalan elektrik yang disalurkan melalui cahaya solar stand-alone.

Sebahagian Ahli Rombongan Dalam Bot Laju





















Setibanya kami di Pulau Seduku, kami disambut dengan wajah-wajah penduduk yang amat mengharapkan perubahan secepat mungkin. Manakan tidak, telah 51 tahun merdeka, mereka masih lagi tertinggal dalam segala-galanya.

Kami membuat tinjauan di sekitar penempatan mereka dengan menyusuri pelantar kayu yang dibina diseluruh perkampungan tersebut yang menghubungkan diantara satu rumah ke rumah lain. Pelantar dibina adalah kerana perkampongan tersbut sering ditenggelami air bila air pasang atau berlakunta "Benak" atau "Tider bore".

Pelantar Kayu Yang Menghubungkan Rumah-rumah.




















Kami mengambil kesempatan melawat satu-satunya sekolah Kebangsaan yang tedapat di Pulau Seduku. Jumlah Murid hanya 19 orang sementara Gurunya seramai 13 orang.

Walaupun di sebuah pulau yang terpencil, soal pendidikan tidak diabaikan oleh Kerajaan.

Murid-murid Sedang Diberi Motivasi Oleh Guru Besar.






















Asrama Sekolah.




















Projek Agropolitan Pulau Seduku adalah sebuah projek yang akan menempatkan mereka di kawasan baru di tanah besar (Seduku Baru) iaitu kira-kira 32km dari bandar Sri Aman. Penduduk Pulau Seduku akan dipindahkan dan di diberi rumah baru, ladang pertanian dan tanah di persekitaran perumahan untuk bercucuk tanam. Tanaman sawit menjadi pilihan yang akan disediakan oleh KKLW bagi melepaskan mereka dari belengu kemiskinan. Projek ini akan dilaksanakan oleh FELCRA Berhad bagi pihak KKLW dan dijangka akan dimulakan sebaik sahaja urusan tanah di Seduku Baru diselesaikan.

Meninjau Kawasan Penempatan Baru Di Seduku Baru




















Harapan kami, apabila siapnya projek ini, isu kemiskinan dan kesusahan yang dialami oleh penduduk Pulau Seduku akan terbela dan mereka terkeluar dari golongan miskin tegar. InsyaAllah.

Wassalam

Friday, January 30, 2009

PERJALANAN HAJI SIRI II

Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada pengunjung blog saya ini oleh kerana kisah Perjalanan Haji Saya Siri II nampaknya lama sangat nak bersambung. Ini bukanlah disengajakan. Oleh kerana kesibukan tugas yang amat menekan dan saya sering menjalankan tugas luar, sambungan Siri II agak lambat di postkan.

Walau bagaimanapun saya berharap peminat golopksiam tidak kecewa dan terus melayari blog saya yang tak seberapa ini.

Bagi Perjalanan Haji Ssiri II ini saya akan meneruskan kisah-kisah dan pengalaman kami mengerjakan haji Tahun 2008 dengan perjalanan kami menuju ke Makkah Tul Mukarramah setelah 9 hari kami di Madinah Tul Munawwarah.

Pada Tanggal 19 November 2008 jam 9 pagi kami bertolak ke Maakkah dengan menaiki Bas Muassasah. Sebanyak tiga bas digunakan bagi membawa seramai 120 Jemaah haji ke Makkah.

Perjalanan kami dari Madinah ke Makkah mengambil masa lebih kurang 8 jam dengan menempuh sebanyak 4 chekpoint di sepanjang perjalanan. Setelah hampir 6 jam kami berjalan kami singgah di Masjid Birl Ali untuk memasang niat mengerja Umrah serta Haji kami.










Masjid Birl Ali






Kami singgah lebih kurang satu jam di Masjid ini untuk mengerjakan sembahyang sunat serta memasang niat Umrah dan Haji kami.

Kami meneruskan perjalanan menuju Makkah dan sampai di Makkah lebih kurang jam 8 malam.

Sesampai sahaja di Makkah kami diagih-agihkan bilik penginapan dan seterusnya dihidangkan dengan makan malam.

Setelah berehat seketika dan selesai makan malam, kami dibawa secara berkumpulan ke Masjidil Haram untuk melakukan Tawaf dan Saei Umrah. Ini adalah kerana semua jemaah melakukan Haji Tamattut dan perlu melakukan umrah dahulu sebelum tiba waktu melakukan haji.









Terpegun, kali pertama melihat Kaabah.







Maka bermulalah ujian demi ujian ke atas kami sebaik sahaja tiba di Makkah. Tapi bagi kami segala ujian tersebut kami redha dan anggap sebagai dugaan bagi menguji kesabaran kami serta ada hikmahnya. Kami tempuhi segala ujian tersebut dengan penuh kesabaran dan sentiasa berdoa agar tiada ujian yang tidak dapat ditanggung.

Sebaik sahaja kami selesai melakukan umrah kali pertama, kami berjalan untuk pulang ke hotel penginapan kami yang letaknya hanya 300 meter dari Masjidil Haram. Malangnya, kami tersasar laluan pulang dan setelah hampir 30 minit berjalan kami masih lagi tidak ketemui hotel kami.......lalu kami mengambil keputusan untuk berehat dan berdoa seketika agar Tuhan memberi petunjuk.....tut-tup selesai sahaja memohon doa....tiba-tiba sebaik sahaja berjalan beberapa langkah kami terpandang hotel penginapan kami, Alhamdulillah doa kami dimakbulkan.













Hotel Nesma Mawaddah, Makkah







Begitulah pengalaman kami pada hari pertama berada di Makkah.
Walau bagaimanapun, kami rasa bersyukur dengan dugaan tersebut dan ini mengingatkan kami agar berhati-hati dan tidak merasa angkuh bila berada di tempat orang.
Hari-hari seterusnya semasa kami berada di Makkah sementara menanti tibanya hari wukuf, kami penuhi dengan mengerjakan solat fardhu di Masjidil Haram di samping mengerjakan solat sunat sebanyak yang mungkin. Sepertimana pesan ustaz kami, kerjakanlah solat sunat sebanyak mungkin di Masjidil haram disamping solat fardhu agar tuhan akan megampunkan segala dosa-dosa yang lepas.

Sekali-sekala kami mengunjungi kedai-kedai yang berderet disekitar hotel kami. Murah dan menawan segala barang-barang yang didagangkan. Kata orang "rabun mata" dan kalau boleh semuanya nak beli.






Membeli belah di sekitar hotel penginapan








Hari-hari seterusnya sebelum tiba waktu wukuf di Arafah kami menjalankan rutin harian dengan berulang alik ke Masjidil Haram bagi menunaikan solat fardhu dan sekali sekala mengerjakan Umrah.

Kenangan yang tak dapat kami lupakan ialah sewaktu menaiki taksi ke Tanaim, iaitu tempat di mana kami akan memasang niat untuk melakukan Umrah. Kami bertiga menaiki van pick-up dan duduk di bahagian belakang van berkenaan, untungnya tambang dari hotel ke Masjid Tanaim dan kembali semula ke Masjidil Haram hanya 4 Saudi Rial.










Manaikki Van Pick-up ke Tanaim













Sebahagian Jemaah Haji Di Masjid Tanaim








Disamping mengerjakan Umrah sementara menanti hari wukuf kami juga menjalankan aktiviti seperti mendengar ceramah agama, tahlil dan lawatan atau ziarah ke tempat-tempat bersejarah.

Antara tempat yang sempat dilawati ialah ladang unta, kilang membuat kelambu kaabah, makam sahabat-sahabat nabi serta isteri nabi, rumah kelahiran nabi serta beberapa tempat yang mempunyai kaitan dengan sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan agama Islam.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar aktiviti kami semasa berada di Makkah sebelum tiba hari wukuf.










Selepas menunaikan umrah pertama

















Lawatan sekitar Jabal Rahmah












Ladang Unta

























Makam Siti Khadijah















Mendengar penerangan dari pemandu ziarah.
















Sebahagian Jemaah Kusyuk Mendengar Tazkirah



















Sebahagian Jemaah Menuju Masjidil Harram Untuk Menunaikan Solat Subuh.











Begitulah antara kegiatan kami di sepanjang perjalanan kami mengerjakan haji dan sementara menunggu hari wukuf.

Insya Allah siri ini akan bersambung pula dengan perjalanan haji kami menuju Arafah dan seterusnya perjalanan kami mengerjakan haji dan diikuti dengan hari-hari terakhir kami di Makkah Tul Mukarramah.

Selamat membaca. Wassalam