Salam Sejahtera

"Ini adalah semata-mata catatan saya berdasarkan kepada apa yang saya lalui, sama ada ianya urusan rasmi berkaitan tugas mahupun catatan aktiviti peribadi serta apa yang dirasakan seharusnya dikongsi bersama"
"USE YOUR HEART WHEN YOU DEAL WITH OTHERS, AND USE YOUR BRAIN WHEN YOU DEAL WITH YOURSELF"

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI LEBARAN AIDILFITRI

Alahamdulillah, hari ini sempurna sudah ibadah puasa kita untuk hari ke 27 umat Islam berpuasa.Mungkin 2 atau 3 hari lagi seluruh ummmah Islam akan menyambut hari kebesaran yang dinanti-nantikan.

Hari Raya Aidil Fitri adalah hari untuk seluruh ummah bergembira setelah selesai sudah ibadah berpuasa.

Mulai hari ini telah ramai rakyat Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai bertolak balik ke kampung masing-masing. Jalan mungkin mulai sesak bermula malam ini sehinggalah menjelang hari raya.

Bercerita mengenai pulang beraya ke kampung, teringat saya perjalanan kami pada raya tahun lepas, sepertimana yang saya paparkan dahulu dalam blog saya ini. Kemalangan memang tidak dapat dielakkan bagi mereka yang lalai semasa memandu. Sepanjang jalan ada sahaja kemalangan yang ditemui. Dan kerana itu Op Sikap yang dijalankan oleh pihak Polis diteruskan untuk kesekian kalinya. Harap-harap tahun ini janganlah statistik kemalangan meningkat. InsyaAllah kami akan bertolak balik sama ke kampung,tapi tahun ini kami mengambil jalan udara, bukan takut berlaku kemalangan, tetapi rasa-rasanya cukuplah apa yang dialami oleh kami semasa pulang beraya pada tahun 2007 dan 2008, 18 jam berada di atas jalan amat memeritkan.

Akhir kalam saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat, teman dan semua pembaca blog saya. Semoga segala salah dan silap harap dimaafkan.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment