Rasa-rasanya dah hampir 5 tahun saya tidak menghadiri kursus panjang. Dan pada 13 Februari 2012 maka akan bermulalah kursus yang saya rasa agak lama juga yang mana hanya akan berakhir pada 9 Mac 2012. Inipun setelah 2 kali saya terpaksa menangguhkan untuk hadir. Kali pertama ditawarakan pada bulan April 2011, malangnya pada waktu itu saya terpaksan berkampung di Kuching, Sarawak kerana terlibat dengan Pilihanraya Umum Negeri Sarawak. Sekali lagi saya di tawarkan pada bulan Ogos 2011, juga terpaksa saya tangguhkan kehadiran kerana mengalami kemalangan, tumit kaki retak akibat terjatuh dari tangga yang terbalik. Dapatlah merasai bagaimana pepatah mengatakan " sudah jatuh ditimpa tangga". Hampir lima bulan saya bertongkat, dan alhamdulilah mulai awal bulan Februari 2012 kaki saya berasur pulih dan tidak bertongkat lagi. Walau bagaimanapun masih terasa sakit bila berjalan terlalu banyak.
Sebaik sahaja tongkat dibuang, saya menerima tawaran, lebih tepat lagi arahan agar menghadiri kursus yang telah dua kali ditangguhkan. Wajib hadir, kalau tidak, tidak "confirm" lah saya Jusa C.....apa tu.....Pangkat di peringkat Pengurusan Tertinggi di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.
Tapi entah apa yang melanda diri ini, hampir seminggu rasa berdebar tak tentu pasal, nak kata takut...kena hadir juga, nak kata malas, tetap kena hadir, kalau tidak melepas lah imbuhan SBPA yang agak lumayan bagi penjawat yang berada di tahap Pengurusan Tertinggi.
Tapi baila melihat kepada senarai pegawai yang akan hadir kursus, nampaknya ramai kenalan atau rakan sejawat dari jabatan lain akan ikut serta. Kuranglah sedikit debarannya.
Ada rakan-rakan yang telah hadir sebelum ini mengatakan kursus ini agak memenatkan, sehingga hari minggupun perlu menyediakan tugasan dan pelbagai aktiviti yang perlu dibuat dan sesi sembang-sembang dengan pegawai tertinggi pentadbiran Kerajaan Malaysia sepert KPPA dan KSN. Ada tugasan kumpulan dan ada tugasan individu.....
Apa-apapun, kalau kita positif apa saja halangan akan dipermudahkan, InsyaAllah.
SELAMAT BERKURSUS......InsyaAllah akan dipermudahkan.
Wassalam.
Saturday, February 11, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment