Salam Sejahtera

"Ini adalah semata-mata catatan saya berdasarkan kepada apa yang saya lalui, sama ada ianya urusan rasmi berkaitan tugas mahupun catatan aktiviti peribadi serta apa yang dirasakan seharusnya dikongsi bersama"
"USE YOUR HEART WHEN YOU DEAL WITH OTHERS, AND USE YOUR BRAIN WHEN YOU DEAL WITH YOURSELF"

Monday, August 22, 2011

Coretan Hati!

Setelah dua minggu berkurung di rumah, hari ini saya gagahkan hati ke menjenggah pejabat yang telah sekian lama saya tidak kunjungi.

Nampaknya semua terkawal, urusan berjalan seperti biasa. Masuk sahaja ke ruang pejabat, hampir semua staff terkejut dan bersuara, "kenapa Boss kurus sangat ni". Memang, bila berkurung dan tak banyak aktiviti berjalan dibuat, badan susut hampir 8 kg. Tambahan pula di bulan puasa.

Kesemapatan ini saya ambil untuk mengucapkan syabas kepada semua staff Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek yang terus menjalankan tugas dengan jayanya. Komitmen yang ditunjukkan amat tinggi.

Kesempatan ke pejabat diambil untuk bertemu mata dengan Dato' KSU. Keperihatinan Dato' KSU kepada BPP amat saya kagumi, bukan kerana kegigihan pegawai dan kakitangan yang menjalankan tugas dengan baik, malah sentiasa peka dengan perkembangan semasa. Dan boleh dikatakan setiap minggu BPP menjadi rujukan untuk Prestasi pencapaian pelaksanaan projek-projek di Kementerian.

Nampaknya hari lebaran semakin hampir, cuma tinggal beberapamhati lagi seluruh umat Islam akan menyambutnya. Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin" kepada semua warga KKLW, khususnya kepada seluruh pegawai dan kakitang Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek di mana sahaja mereka berada, semoga sambutan kali ini disambut dengan penuh keinsafan dan keceriaan. Kepada staff BPP dan rakan-rakan yang beraya di Putrajaya atau Kuala Lumpur dan Selangor jemputlah ke rumah saya pada hari raya pertama dan kedua. Buat pertama kalinya kami sekeluarga akan beraya di Subang Jaya kali ini.

Sekian, wassalam

No comments:

Post a Comment