Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Bertemu lagi kita dalam catatan yang tak seberapa ini. Kini saya berada di Kuantan, Pahang. Bukan bercuti tapi menjalankan tugas rasmi mengendalikan Bengkel Penilaian Outcome Program Pembangunan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Siri 2/2009.
Lanjutan dari Bengkel Siri 1/2009 yang diadakan pada awal tahun di Pangkor, Bengkel kali ini adalah siri bagi semua Bahagian, Agensi dan Jabatan di bawah KKLW membuat pembentangan hasil penilaian outcome yang dibuat di sepanjang tahun 2009. Sebanyak 18 kertas penilaian telah dibentangkan di bengkel yang berlangsung dari 23 hingga 24 Oktober 2009, bertempat di De Rhu Beach Resort, Beserah, Pahang.
Peningkatan yang ketara pada bengkel kali ini berbanding dengan bengkel yang diadakan pada tahun lepas ialah dari segi persembahan dan pelaporan yang dibuat, nampaknya banyak telah diperbaiki dan laporan nampak kemas. Walau bagaimanapun, masih ada beberapa agensi yang perlu membuat pindaan dan analisa tambahan ke atas laporan yang dipersembahkan di bengkel dua hari ini. Anyway syabas kepada semua yang telah hadir dan telah memberi komitmen yang tinggi kepada bengkel ini.
Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada Urus Setia bengkel yang di ketuai oleh Saudara Haizul yang bertungkus lumus memastikan perjalanan bengkel kali ini berjalan dengan lancar. Well Done Haizul and krew.
Terima kasih juga kepada wakil dari Unit Penyelarasam Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Encik Ismail Ahmad selaku pemerhati dan moderator Bengkel kali ini yang mana beliau boleh dikatakan tidak pernah terlepas menghadiri Bengkel yang dikendalikan oleh KKLW. Terima kasih juga kepada Ahli-ahli Panel lain yang turut membantu melancarkan perjalanan Bengkel pada kali ini.
Pembentangan Hasil Penilaian Outcome.
Sebahagian Peserta Bengel.
Wakil KEJORA Sedang Membentangkan Outcome Projek KEJORA.
Ahli-ahli Panel Penilai Bengkel Outcome.
Lagi Ahli Panel Penilai Bengkel.
Sebahagian Peserta Bengkel.
Urusetia Bengkel
Ketua Urus Setia dan Pembantu Yang Gigih.
Begitulah keadaan kami semasa mengadakan Bengkel kali ini, catatan ini hanyalah sekadar kenangan untuk tatapan pembaca yang setia.
Bengkel-bengkel seperti ini akan terus diadakan pada tahun hadapan dan sudah pasti, hasil yang terbaik akan kami paparkan nanti.
Sekian, Wassalam.
Saturday, October 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kagumnya muka masuk internet. wahahaha!
ReplyDelete