Setelah dua minggu berkurung di rumah, hari ini saya gagahkan hati ke menjenggah pejabat yang telah sekian lama saya tidak kunjungi.
Nampaknya semua terkawal, urusan berjalan seperti biasa. Masuk sahaja ke ruang pejabat, hampir semua staff terkejut dan bersuara, "kenapa Boss kurus sangat ni". Memang, bila berkurung dan tak banyak aktiviti berjalan dibuat, badan susut hampir 8 kg. Tambahan pula di bulan puasa.
Kesemapatan ini saya ambil untuk mengucapkan syabas kepada semua staff Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek yang terus menjalankan tugas dengan jayanya. Komitmen yang ditunjukkan amat tinggi.
Kesempatan ke pejabat diambil untuk bertemu mata dengan Dato' KSU. Keperihatinan Dato' KSU kepada BPP amat saya kagumi, bukan kerana kegigihan pegawai dan kakitangan yang menjalankan tugas dengan baik, malah sentiasa peka dengan perkembangan semasa. Dan boleh dikatakan setiap minggu BPP menjadi rujukan untuk Prestasi pencapaian pelaksanaan projek-projek di Kementerian.
Nampaknya hari lebaran semakin hampir, cuma tinggal beberapamhati lagi seluruh umat Islam akan menyambutnya. Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin" kepada semua warga KKLW, khususnya kepada seluruh pegawai dan kakitang Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek di mana sahaja mereka berada, semoga sambutan kali ini disambut dengan penuh keinsafan dan keceriaan. Kepada staff BPP dan rakan-rakan yang beraya di Putrajaya atau Kuala Lumpur dan Selangor jemputlah ke rumah saya pada hari raya pertama dan kedua. Buat pertama kalinya kami sekeluarga akan beraya di Subang Jaya kali ini.
Sekian, wassalam
Monday, August 22, 2011
Friday, August 12, 2011
Rehat Sakan
Salam Sejahtera,
Kepada pengunjung setia, baru kini saya berpeluang untuk mengemaskinikan blog ini. Hampir 5 bulan saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini. Akibat terlalu asyik dengan FB, blog tertinggal agak lama. Ada rakan-rakan yang tertanya-tanya masihkah ada coretan saya selepas bulan Mac yang lalu di mana saya post kan coretan terakhir.
Apapun kesempatan saya ambil untuk mengucapkan Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa di bulan Ramadhan ini dan seterusnya selamat menyambut Aidil Fitri yang akan menjelang tiba dalam beberapa hari lagi.
Hari ini telah masuk 13 hari umat Islam diseluruh dunia berpuasa. Masa berlalu agak pantas, sepantas kilat yang menyabung di udara.
Tentu ada yang bertanya kenapa baru kini saya mencoretkan cacatan di blog yang hampir terkubur ini.
Kalau tidak kerana saya berehat panjang di bulan Ramadhan ini akibat bercuti sakit sehingga raya nanti, sudah tentu saya tidak berpeluang untuk kembali ke blog ini.
Malang tidak berbau kata pepatah Melayu, dan malang jugalah yang telah menimpa saya pada hari ke 7 puasa. Entah mungkin kerana tidak berhati-hati atau lalai atau kerana terlalu geram kerana tukang yang sepatutnya datang membaiki atap rumah tidak muncul, saya menggagahkan diri untuk membaikinya sendiri. Dan setelah hampir selesai membaikinya dan semasa menuruni anak tangga lipat, tiba-tiba tangga condong dan tumbang sedangkan saya masih lagi berdiri di atasnya, apa lagi saya sama-sama tumbang dengan tangga dan untuk mengelakkan kecederaan yang teruk, jatuhlah saya dari ketinggian 7 kaki secara berdiri dengan hanya sebelah kaki yang mencecah lantai konkrit......prooooop bunyi tapak kaki saya meletup sebaik sahaja mencecah lantai simen berkenaan....apa lagi Tuhan sahaja yang maha mengetahui betapa sakit dan seksanya semasa itu. Sakit yang ditanggung teramat sakit dan tidak pernah dirasai sebelum ini.
Isteri yang sedang memasak untuk berbuka, terkejut teramat sangat bila melihat saya terlantar mengaduh kesakitan dan tampa berkata apa-apa terus memapah saya ke kereta dan terus saya di hantar ke Sime Darby Medical Centre (SDMC) Subang Jaya.
Dek kerana terlalu sakit, punggung saya menjadi mangsa jarum suntikan ubat penahan sakit sebelum di bawa ke bilik X-ray. Dan alangkah terkejutnya saya bila dimaklumkan tulang tumit kaki telah retak dan sendi buku lali telah beralih......
Akibatnya saya berada di wad SDMC selama dua malam dan kaki di simen dari paras lutut hingga ke jari kaki.
Maka saya diberi cuti sakit sehigga 25 Ogos 2011, maknanya 5 hari sebelum Raya.
Itulah sebabnya tajuk coretan kali ini "Rehat Sakan".
Iktibar dari kemalangan tersebut saya sedar bahawa, apa sahaja pekerjaan yang hendak dilakukan, aspek keselamatan harus diberi keutamaan.
Nampaknya raya tahun ini di Subang Jaya dan kemeriahan beraya di Kampung harus dilupakan.
Apa-apapun Selamat menyambut Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.
Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)