Salam Sejahtera

"Ini adalah semata-mata catatan saya berdasarkan kepada apa yang saya lalui, sama ada ianya urusan rasmi berkaitan tugas mahupun catatan aktiviti peribadi serta apa yang dirasakan seharusnya dikongsi bersama"
"USE YOUR HEART WHEN YOU DEAL WITH OTHERS, AND USE YOUR BRAIN WHEN YOU DEAL WITH YOURSELF"

Thursday, August 19, 2010

SEDUKU AKU DATANG LAGI!

Beberapa hari sebelum bermulanya bula puasa tahun ini saya berkesempatan mengiringi YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ke lawatan kerja ke Sarawak, lebih tepat lagi ke Sri Aman.

Tajuk kali ini "Seduku Aku Datang Lagi" mengimbau kembali lawatan pertama saya ke Pulau Seduku sebelum bermulanya projek Penempatan Semula di Seduku Baru. Lawatan terbaru pada 6 Ogos 2010 yang lalu adalah untuk meninjau pelaksanaan rumah-rumah penempatan semula penduduk miskin Pulau Seduku ke Seduku Baru.

Pemandangan Pulau Seduku Dari Udara.

Lawatan pertama kami ke Pulau Seduku tempoh hari adalah untuk membuat tinjauan keadaan rumah-rumah di pulau berkenaan. Bayangkan sebuah pulau di dalam sungai dikongsi dengan santuari buaya. Di pulau inilah di katanya berasal "Bujang Senang". Dan sungai Batang Lupar merupakan lubuk kepada buaya dan merupakan di antara sungai yang paling banyak di huni oleh buaya termasuklah di Pulau Seduku yang merupakan tempat di mana buaya membina sarang-sarang apabila tiba musim mengawan.

Gambar Hiasan- Saiz Buaya Yang Di Dakwa Menghuni Pulau Seduku.

Oleh kerana Pulau berkenaan serba kekurangan dan tidak mempunyai kelengkapan air bersih dan bekalan elektrik 24 jam, KKLW melalui projek penempatan semula penduduk Pulau Seduku ke Seduku Baru.

Lawatan kami kali ke dua ke Seduku, bukan lagi ke Pulau Seduku, sebaliknya ke Seduku Baru, iaitu satu kawasan penempatan baru yang diwujudkan untuk memindahkan penduduk Pulau Seduku. Alhamdulillah, selepas raya nanti mereka akan mula berpindah apabila keseluruhan projek Seduku Baru siap sepenuhnya.

Kawasan Penempatan Semula Pulau Seduku Berlatarbelakangkan Pulau Seduku.

Susunan Rumah PBR Yang Telah Siap Dibina

Satu Lagi Projek KKLW

Adious, hingga jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment