Beberapa hari sebelum bermulanya bula puasa tahun ini saya berkesempatan mengiringi YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ke lawatan kerja ke Sarawak, lebih tepat lagi ke Sri Aman.
Tajuk kali ini "Seduku Aku Datang Lagi" mengimbau kembali lawatan pertama saya ke Pulau Seduku sebelum bermulanya projek Penempatan Semula di Seduku Baru. Lawatan terbaru pada 6 Ogos 2010 yang lalu adalah untuk meninjau pelaksanaan rumah-rumah penempatan semula penduduk miskin Pulau Seduku ke Seduku Baru.
Pemandangan Pulau Seduku Dari Udara.
Lawatan pertama kami ke Pulau Seduku tempoh hari adalah untuk membuat tinjauan keadaan rumah-rumah di pulau berkenaan. Bayangkan sebuah pulau di dalam sungai dikongsi dengan santuari buaya. Di pulau inilah di katanya berasal "Bujang Senang". Dan sungai Batang Lupar merupakan lubuk kepada buaya dan merupakan di antara sungai yang paling banyak di huni oleh buaya termasuklah di Pulau Seduku yang merupakan tempat di mana buaya membina sarang-sarang apabila tiba musim mengawan.
Gambar Hiasan- Saiz Buaya Yang Di Dakwa Menghuni Pulau Seduku.
Oleh kerana Pulau berkenaan serba kekurangan dan tidak mempunyai kelengkapan air bersih dan bekalan elektrik 24 jam, KKLW melalui projek penempatan semula penduduk Pulau Seduku ke Seduku Baru.
Lawatan kami kali ke dua ke Seduku, bukan lagi ke Pulau Seduku, sebaliknya ke Seduku Baru, iaitu satu kawasan penempatan baru yang diwujudkan untuk memindahkan penduduk Pulau Seduku. Alhamdulillah, selepas raya nanti mereka akan mula berpindah apabila keseluruhan projek Seduku Baru siap sepenuhnya.
Kawasan Penempatan Semula Pulau Seduku Berlatarbelakangkan Pulau Seduku.
Susunan Rumah PBR Yang Telah Siap Dibina
Satu Lagi Projek KKLW
Adious, hingga jumpa lagi.
Thursday, August 19, 2010
Wednesday, August 4, 2010
The Lost World - Pulau Bruit
Tanggal 23 hingga 27 Julai 2010, sebaik sahaja selesai mengikuti lawatan kerja YAB Perdana Menteri ke Miri, saya bersama-sama Pengarah KKLW Cawangan Sarawak dan beberapa orang pegawai dari Pejabat Daerah Daro, Mukah Sarawak menjelajah ke sebuah kepulauan yang agak ketinggalan dari segi pembangunan iaitu Pulau Bruit.
Perjalanan kami dari Miri melalui penerbangan MAS ke Sibu mengambil masa satu jam dan sebaik sahaja tiba di Sibu kami meneruskan perjalanan ke Daro, iaitu sebuah pekan kecil yang diletakan di bawah pentadbiran Daerah Mukah. Daro adalah daerah kecil bagi Daerah Mukah, Sarawak. Dengan menaiki bot ekspress dari Sibu ke Daro, kami melalui satu perjalanan yang agak panjang, 2 jam 45 minit untuk tiba di Daro.
Lokasi Pulau Bruit.
Pulau Bruit.
Setiba di Daro, hari telah hampir senja dan terus kami menginap di hotel yang agak sederhana (Onn Sin Ling Inn - kalau tidak silap saya) sementara menanti hari berikutnya untuk kami menuju ke Pulau Bruit.
Pasukan Flying Squad KKLW dan Pegawai Daerah Kecil Daro.
Pekan Daro Dari Jeti.
Jeti Daro.
Keunikan Yang Ditemui Di Daro.
Tanggal 24 Julai 2010, pagi-pagi lagi kami menaiki bot laju menuju salah sebuah kampung di Pulau Bruit. Perjalanan kami memlalui Sungai Rajang, sungai yang terpanjang di Sarawak mengambil masa selama 40 minit untuk tiba di Kg. Bruit, Pulau Bruit. Perjelajajahan kami ke "Lost World" ini adalah bertujuan untuk meninjau kehidupan penduduk di Pulau Bruit khususnya untuk melihat sejauh mana Program Bantuan Rumah (PBR) telah dan sedang dilaksanakan di sana.
Pemandangan Kampung Bruit.
Wanita Terakhir Pulau Bruit.
Betapa Miskinnya Mereka.
Hampir Keseluruhan Kampung Di Pulau Bruit Mendapat Bekalan Air Dari Air Hujan.
Tangki-tangki Air Sumbangan KKLW - Untuk Tadahan Air Hujan.
Keistimewaan Pulau Bruit-Ikan Salai.
Sepanjang dua hari kami menjelajah Pulau Bruit, kami sempat melawat 5 buah perkampunngan daripada 12 kampung yang terdapat di Pulau Bruit. Antara kampung-kampung yang dilawati ialah, Kg. Bruit, Kg. Salah Kecil, Kg. Semop, Kampung Tekajong dan Kg. Sebako.
Kami menginap di Kg. Sebako di salah sebuah chalet yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Jangkaan kami mungkin akan menumpang tidur di rumah penduduk tempatan atau surau sahaja, tetapi alangkah terkejtnya kumpulan kami apabila Pegawai Daerah secara diam-diam telah mengatur pnginapan kami di chalet yang dikenali dengan nama Chalet Mok Mah.
Chalet Mok Mah.
Deretan Chalet Yang Teratur.
Dewan Makan Chalet Mok Mah.
Pelancong Tegar.
Keesokan harinya kami meneruskan perjalanan ke Kg. Semop setelah hari pertama kami meninjau 4 buah kampung di Pulau Bruit.
Untuk menuju Kg. Semop, kami perlu merentasi pesisir pantai Pulau Bruit di sebelah laut China Selatan. Perjalanan mengambil masa setengah jam dari Kg. Sebako. Tinjauan ke atas pelaksanaan PBR di teruskan dan di kampung ini terdapat beberapa unit rumah PBR sedang dalam pelaksanaan.
Merentasi Laut China Selatan Menuju Kg. Semop.
Salah Satu Projek BALB Dalam Pelaksanaan - Pemasangan paip sub-marine dari Tg. Manis ke Kg. Semop.
Suasana Kg. Semop - Aman dan Tenteram.
Meninjau Pelaksanaan Rumah PBR - Pembinaan salah sebuah rumah papan di Kg. Semop.
Tiang Rumah Mula Didirikan.
Rumah PBR Yang Telah Siap.
Saat Sebelum Jatuh Titi - "Enguang", sejenis hidupan seakan-akan udang yang banyak terdapat d Pulau Bruit.
Titi Patah.
Habis Kamera Aku.
Wanginya Air Kumbahan.
Keadaan Titi Yang Patah.
Udang Galah Pulau Bruit.
Santapan Kami Untuk Makan Tengahari.
Kembara kami ke "Lost World - Pulau Bruit" berakhir dan terpaksa di akhiri apabila tiga orang ahli rombongan jatuh dari jeti semasa membuat tinjauan ke salah sebuah rumah PBR yang sedang dalam pembinaan di Kg. Semop. Kejadian berkenaan bolehlah di ibaratkan "Sudah Jatuh Di Timpa Tangga". Apa tidaknya, sudahlah jatuh akibat titi patah akibat terlalu reput, mereka bertiga pula jatuh ke dalam air kumbahan yang baunya, hanya mereka sahaja yang tahu kewangiannya.
Walau apaupun cabaran dan pelbagai peristiwa yang kami terpaksa lalui semasa membuat pemantauan, tugas pemanatauan tetap dilaksanakan dengan penuh tanggung jawab, semata-mata untuk memastikan kesejahteraan penduduk luar bandar. Bantuan rumah merupakan salah satu kaedah untuk mengeluarkan kumpulan penduduk miskin tegar dari belengu kemiskinan. Dengan adanya tempat tinggal yang selesa dan selamat, kehidupan anak-anak mereka serta aktiviti ekonomi dapat dilaksanakan dengan selesa dan selamat.
Walau apa keadaan gambar di bawah, mereka merasa puas apabila dapat mencurahkan bakti dan sumbangan kepada penduduk luar bandar. Syabas Pegawai dan Kakitangan Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Cawangan Sarawak.
Penat Tetapi Puas.
Wassalam, hingga jumpa lagi di kembara saya ke Seri Aman dan Miri Ogos nanti.

Subscribe to:
Posts (Atom)