Salam Sejahtera dan berjumpa kembali.
Hampir dua bulan saya tidak berkesempatan untuk mengemaskinikan blog ini.
Maklumlah, tugasan semakin banyak dan semuanya perlu disegerakan. Ibarat kata YAB Perdana Menteri, semuanya hendaklah dilakukan dengan "SPEED". Maksudnya kerja hendaklah dibereskan dalam masa yang singkat. Apa sahaja masalah hendaklah ditangani dengan cepat dan berkesan.
Kembara kali ini akan saya paparkan penjelajahan saya bersama Y. Bhg. Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato" Shahlan Ismail ke Daerah Bekenu dan Telan Usang, Sarawak.
Kembara kami bermula pada 27 Mac dan berakhir pada 29 Mac 2010 ke kedua-dua daerah yang berkenaan.
Seramai 15 orang ahli telah menyertai kembara kali ini yang bermula dari Miri
Bergambar Di Sempadan Malaysia-Indonesia.
Persinggahan pertama kami ialah di Bak'kelalan. Penerbangan dengan tiga buah helicopter mengambil masa hampir satu jam dari Miri ke Bak'Kelalan.
Dari Bak'Kelalan kami menaiki motorsikal ke sempadan Malaysia-Indonesia dan seterusnya memasuki pekan kecil Long Bawan di Indonesia.
Perjalanan kami melalui jalan balak dengan menaiki motorsikal yang mengambil masa hampir dua jam amat memenatkan dan mencabar. Dengan keadaan jalan yang agak teruk dan becah (malam sebelumnya hujan di Bak'kelalan) serta berlubang dan disertai pula dengan hujan di hampir sepanjang jalan, menjadikan perjalanan kami ke Long Bawan, Indonesia, kadang-kadang agak mencabar, kadang-kadang menyeronokkkan. Rakan saya hampir bermandikan lumpur apabila terjatuh dari motorsikalnya.
Berhenti Rehat.
Di Pos Kawalan Tentera Indonesia - Wajib Lapor.
Pekan Long Bawan.
Aneka Makanan Di Jual - Enakkan.
Setelah hampir dua jam meredah jalan balak yang berliku dan curam, akhirnya kami tiba di Pekan Long Bawan.
Walaupun kedudukan pekan ini terletak berhampiran dengan sempadan Malaysia, kemudahan asas yang disediakan agak lengkap dari segi infrastruktur seperti bekalan air, elektrik dan telekomunikasi, kecualiu jalanrayanya yang agak teruk sedikit. Walau bagaimapun jalan-jalan disekitar pekan Long Bawan tidak becah oleh kerana sebahagian besarnya disusun dengan batu-batu bukit, tidak seperti di sebelah Malaysia, berlumpur dan becah. Itu adalah perbezaan yang ketara yang dapat dilihat.
Di Pekan Long Bawan, selain bertemu dengan masyarakat tempatan yang rata-ratanya bertani, mereka juga menjalankan perusahaan industri kecil (IKS) dari hasil pertanian.
Pekannnya agak lengan, mungkin kerana hujan semasa kami tiba.
Lawatan kami ke Pekan Long Bawan diakhiri dengan makan tengahari bersama pemimpin dan wakil pemerintah Indonesia yang turut meraikan lawatan kami.
Setelah hampir satu jam berada di Pekan Long Bawan, kami bertolak balik ke Bak'kelalan dan masa yang hampir sama dimabil untuk pulang.
Sepatutnya kami betolak ke Bario sebaik tiba di Bak'kelalan, tetapi percubaan helikopter pertama kami untuk merentas banjaran yang memisahkan Bak'kelalan dengan Bario tidak berjaya olehg kerana cuaca dan awan tebal, kami di paksa oleh "alam sekitar" untuk bermalam di Bak'kelalan pada hari pertama lawatan.
Kesempatan di ambil untuk menunggu waktu malam tiba, kami membuat lawatan ke jambatan besi Sg. Komap, Ba'kelalan yang dibina oleh tentera Malaysia melalui projek Jiwa Murni.
Akan bersambung...........
Saturday, April 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam,
ReplyDeleteSaya baru saja balik dari Ba' kelalan. perjalanan pergi balik dari pekan lawas ke Ba' kelalan melalui jalan darat. Satu pengalaman yang sungguh menarik dan menyeronokkan. yang saya sendiri terkejut ialah saya tidak merasa letih walaupun perjalanan turun naik bukit dan gunung menggunakan kenderaan pacuan 4 roda mengambil masa 9 jam (pergi). Sebagai seorang yang mudah mabuk darat, langsung tak ada apa2. segar bugar sepanjang jalan. mana tidaknya. bercerita, berkongsi pengalaman sambil bergurau senda sepanjang perjalanan. Jalan tanah yang becak, licin, curam sungguh mencabarkan. Syukur dapat driver2 pro yang hebat. Teamwork yang sungguh baik. Yang pasti, satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tuan patut alami pengalaman jalan darat ini. bukan naik heli!