Salam Sejahtera

"Ini adalah semata-mata catatan saya berdasarkan kepada apa yang saya lalui, sama ada ianya urusan rasmi berkaitan tugas mahupun catatan aktiviti peribadi serta apa yang dirasakan seharusnya dikongsi bersama"
"USE YOUR HEART WHEN YOU DEAL WITH OTHERS, AND USE YOUR BRAIN WHEN YOU DEAL WITH YOURSELF"

Sunday, February 21, 2010

BANYAK DAN MEMANG BANYAK

Assalamualaikum dan selamat berjumpa kembali.

Tentu ada dikalangan pembaca tertanya-tanya kenapa tajuk kali ini agak pelik " Banyak dan Memang Banyak".

Saya memilih tajuk sedemikian bukan kerana apa. Saban hari saya ditanya oleh pembaca, sama ada melalui e-mail atau apabila bersua di jalanan, mereka akan bertanya kenapa agak lama Goloksiam menyepi, tiada catatan terbaru atau berita baru di paparkan, mana sambungan Kembara 1Malaysia KKLW ke Sarawak?

Bukan tiada cerita atau saya tiada aktiviti. Sebenarnya memang ada sambungan catatan saya ke Sarawak, malahan bukan sahaja sekali saya menjelajah ke rumah-rumah panjang di Sarawak pada bulan Januari 2010. Sebaik sahaja pulang dengan rombongan SUPOL Perdana Menteri, sekali lagi saya menjelajah ke rumah panjang bersama rombongan YB Dato' Seri Hj. Shafie Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Banadar dan Wilayah iaitu dari 29 Januari hingga 1 Februari 2010. Kembara kami kali ini agak mencabar sehingga helikopter yang saya naiki terpaksa membuat pendaratan kecemasan akibat ditimpa ribut dan hujan lebat semasa perjalanan pulang dari melawat salah sebuah rumah panjang di Bungan Besar, Sarawak.

Gadis Sunti Kg. Bungan Besar, Batang Igan, Sarawak.

Sekadar Kenangan.


Suasana Semasa Terbang Di Dalam Awan Tebal.


Di Timpa Hujan Lebat Dalam Awan Tebal.


Mencari Tempat Untuk Mendarat.

Mendarat Kecemasan Menunggu Ribut Reda.

Pekan Marudi dari udara.

Sebaik sahaja pulang dari kembara kali ke dua di Sarawak bersama YB Menteri, pelbagai aktiviti dan tugasan yang agak "banyak" menunggu di pejabat di tambah pula dengan aktiviti-aktiviti seperti pertandingan bowling antara Bahagian, Hari Keluarga KKLW serta tugas-tugas rasmi yang memerlukan perhatian yang agak serius. Naik turun saya ke Sabah dan Sarawak beberapa kali serta menghadiri beberapa mesyuarat penting di Kuantan, Johor dan Kelantan, silih berganti.

Lantaran kesibukan yang agak ketara dan dalam masa yang sama, Bahagian saya terajui iaitu Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek, KKLW saban hari menerima staff baru dari pelbagai peringkat untuk di tempatkan di Pejabat-pejabat Cawangan seluruh negara, masa untuk saya mengemaskinikan blog Goloksiam agak terbatas.

Tapi dalam kesibukan yang agak ketara, saya masih seronok menjalankan tugas yang di amanahkan dan sempat juga merakamkan beberapa pemandangan indah. Kata orang sambil menyelam sambil minum air seperti mana gambar-gambar yang dipaparkan dibawah.

Luahan Pekerja Lapangan Terbang Sibu Mengenai Janji Pembesaran Lapangan Terbang Sibu Yang Belum Menjadi Kenyataan.

Rakan Saya Di Layan Mesra Dalam Penerbangan Dari Sibu Ke KLIA.

Sentiasa Di Udara.

Gunung Kinabalu Dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Begitulah keadaan kesibukan saya dalam bulan Februari 2010 dan sekali lagi saya akan mengembara untuk sekian kalinya ke Sarawak dan kali ini bersama-sama YAB Perdana Menteri dari 21 hingga 23 Februari 2010. Kembara kali ini agak bereza oleh kerana ianya di ketuai oleh YAB Perdana Menteri sendiri, sudah tentu banyak persiapan yang perlu dibuat dan kebiasaannya PM akan membuat pengumuman penting semasa lawatan beliau.

Kembara 1Malaysia Ke Sarawak bersama Perdana Menteri akan meliputi beberapa tempat seperti Seri Aman, Simunjan, Seratok, Sibu, Kapit dan Kanowit.

Doa saya semoga, kembara saya kali ini tidak mengalami apa-apa masalah ke atas helikopter yang akan membawa rombongan yang dikra agak besar juga dan hampir 10 buah helkopter akan digunakan untuk ke tempat-tempat yang akan dilawati oleh PM.

InsyaAllah, akan saya paparkan nanti hasil Kembara 1Malaysia KKLW Bersama PM sebaik sahaja pulang nanti. Begitulah "BANYAK DAN MEMANG BANYAK" tugasan yang saya lalui di sepanjang bulan Januari dan Februari 2010.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment