Salam Sejahtera

"Ini adalah semata-mata catatan saya berdasarkan kepada apa yang saya lalui, sama ada ianya urusan rasmi berkaitan tugas mahupun catatan aktiviti peribadi serta apa yang dirasakan seharusnya dikongsi bersama"
"USE YOUR HEART WHEN YOU DEAL WITH OTHERS, AND USE YOUR BRAIN WHEN YOU DEAL WITH YOURSELF"

Saturday, February 27, 2010

KEMBARA PERDANA 1MALAYSIA-BERSAMA PERDANA MENTERI KE SARAWAK

Kesempatan Diambil Oleh Guru Di Pedalaman Begambar Bersama YAB Perdana Menteri.

Gambar di atas memberi seribu makna kepada pendidik kita yang bertugas nun jauh di pedalaman.

Bagi kami yang menyertai Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri ke Sarawak pada 23 dan 24 Februari 2010 agak tersentuh bila para pendidik dari Sekolah Rendah di daerah Kamidan Jaya, Seratok, Sibu, Sarawak begitu teruja bila mendapat peluang bergambar bersama YAB Perdana Menteri. Walaupun tidak tercatat didalam jadual lawatan, peluang yang muncul entah untuk sekian lama mereka menanti, inilah agaknya bagi mereka satu-satu peluang yang harus mereka ambil. Apatah lagi semenjak merdeka kata mereka "inilah satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang pernah sampai ke kampung halaman mereka".

Tampa bertanya dan tampa menghiraukan kerenah protokol, YAB Perdana Menteri menyambut dengan penuh insaf akan permintaan mereka walaupun hanya sekadar bergambar diperkarangan sekolah yang agak usang. Di panas cahaya matahari yang terik memancar dan dalam keadaan mengejar waktu YAB Perdana Menteri yang menjadi idola mereka sejak sekian lama secara bersahaja duduk bersama mereka. Semuanya merasa puas.

Catatan di atas merupakan sekadar gambaran, bagaimana sambutan rakyat di kawasan pedalaman kepada YAB Perdana Menteri yang kalau boleh saya catatkan kata-kata beliau yang tidak perlu disambut dengan karpet merah, wa ima bunga manggar. Kerana kata beliau apa yang penting di era pemerintahannya, "Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Diutamakan" demi 1 Malaysia.

Kembara Perdana 1Malaysia agak berbeza dengan Kembara 1Malaysia yang dipaparkan sebelum ini. Kembara Perdana 1Malaysia akan mencatatkan perjalanan saya bersama-sama YAB Perdana Menteri baru-baru ini ke negeri Sarawak.

Kembara yang saya lalui bersama-sama YAB Perdana Menteri agak berbeza, kerana pertamanya ia di ketuai oleh Perdana Menteri, kedua ianya membawa berita-berita gembira kepada rakyat di pedalaman dan ketiganya kembara kali ini memberi peluang kepada saya mengenali lebih dekat YAB Perdana Menteri, bukan sahaja keperibadiannya sebagai seorang pemimpin, malahan mendekati cara beliau berkerja dan menangani masalah-masalah rakyat di kawasan pedalaman atau kalau boleh saya petik kata-kata YAB Perdana Menteri "kawasan-kawasan pesisir".

Kembara kali ini juga berbeza kerana kami perlu menaiki helikopter disepanjang lawatan ke 5 (lima) lokasi lawatan dan sejumlah 11 (sebelas) buah helikopter pelbagai jenis dan jenama digunakan untuk membawa rombongan YAB PM.

Kembara kami bersama YAB PM bermula di Rumah Panjang Juliana, Kamidan Jaya, Awik, Saratok.

Perjalanan menaiki helikopter dari Kuching mengambil masa lebih kurang 30 minit, berbanding 2 jam melalui jalan darat.

Di Rh. Juliana, sambutan yang diberikan oleh penduduk tempatan amat menggalakan, sehinggakan YAB PM mengambil masa hampir setengah jam untuk bersalaman dengan penduduk yang setia menanti semenjak awal pagi lagi.

Suasana Dalam Ruai Rumah Juliana

Menyampaikan Amanat

Sebahagian Penduduk Yang Hadir


Di Rh. Juliana YAB PM juga sempat merasmikan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang dilaksanakan oleh KKLW. Sesungguhnya penduduk di persikitaran Kamidan Jaya amat bertuah, bukan sahaja dengan kehadiran YB PM, malahan juga mendapat manfaat apabila pada malam harinya kampung mereka diterangi cahaya neon yang selama ini mereka tidak pernah bermimpi akan memperolehinya. Itulah khidmat kami selaku Kementerian yang perihatin kepada rakyat terutama di pesisir luar bandar.

YB Menteri Luar Bandar Bersama Pegawai Kanan KKLW

Menandatagani Plak Perasmian BELB

Sempurna Sudah Perasmian BELB

Dari Rh. Juliana di Kamidan Jaya kami bertolak ke Lachau Ulu, Lachau, Sri Aman juga untuk menyempurnakan acara perasmian Bekalan Elektrik Luar Bandar yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan luar Bandar dan Wilayah.

Suasana sambutan dan kemeriahan di Rh. Radin amat meneruja semua tetamu yang hadir. Hanya gambar-gambar berikut yang mempunyai makna tersendiri.

YAB PM dan Ketua Menteri Sarawak Teruja Dengan Sambutan Yang Diberikan.

Sebahagian Penduduk Yang Hadir.

Sabar Menanti Ketibaan YAB PM.

Sambutan Penuh Tradisi.

Menanti Dengan Penuh Harapan.

Terpegun Dengan Sambutan Rakyat Luar Bandar.

Pegawai-Pegawai KKLW Mengira Peruntukan Yang Akan Diumumkan Oleh YAB PM.

Lawatan saya bersama YAB PM diteruskan ke Pekan Simunjan Sarawak.

Di Simunjan, YAB PM melakukan "walkabout" meninjau tebing sungai Baram yang dikatakan sering mengalami banjir atau apabyang dikatakan "Acap" bagi penduduk tempatan dan diikuti dengan acara "walkabout" YAB PM dan beramah mesra dengan peniaga-peniaga di pasar Simunjan.

Lawatan di Pekan Simunjan diakhiri dengan pengumuman oleh YAB PM dengan beberapa projek yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan kebanyakannya melibatkan projek-projek infrastruktur di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Antaranya ialah cadangan menaiktaraf Jalan Gedong - Simunjan dengan kos sebanyak RM123 juta, Menaiktaraf Jalan Kg. Pantong - Simunjan sejauh 8.5 km. dengan kos RM9.0 juta, melaksanakan projek Pencegahan Banjir Sg. Simunjan Lama berjumlah RM3.0 juta dan pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar bagi 8 buah kampong di Daerah Gedong dan Simunjan berjumlah RM2.2 juta.

Hampir bergegar Pekan Simunjan sebaik sahaja YAB PM membuat pengumuman akan projek-projek berkenaan. Syukur Alhamdulillah, itulah yang dikatakan 1Malaysia.

Berapa Besar Buaya Di sini?

Sungai Baram.

YAB PM Membuat Tinjauan Sungai Baram.


Liputan Yang Meluas Diberikan oleh Media Masa

Lagi Liputan Oleh Media Masa.

Begitulah catatan ringkas lawatan saya bersama YAB PM untuk hari pertama (22 Februari 2010) dan pada keesokan harinya saya meneruskan tugasan mengikuti lawatan YAB PM untuk hari kedua ke Nanga Tada, iaitu ke Rumah Penempatan Semula Nanga Tada, Sungai Kabah, Kanowit (RASCOM). Majlis sambutan di buat disalah sebuah rumah panjang, Rumah Ugap ak Penghulu Seribu.

Pintu Masuk Ke Rumah Ugap ak Penghulu Seribu.

Rumah Panjang, Rumah Ugap ak Penghulu Seribu.

Di kawasan penempatan ini terdapat 16 buah rumah panjang yang didiami oleh 284 keluarga dengan jumlah penduduk seramai 2,152 orang.

Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia serta rombongan disambut dengan tarian ngajat dan persembahan gendang/gong oleh penduduk berbangsa Iban dari kawasan Skim Penempatan Semula ini. YAB PM serta rombongan kemudian meluangkan masa untuk bersalaman dengan hadirin yang hadir.

Gadis-Gadis Sunti Setia Menanti Ketibaan YAB PM dan Rombngan.

YAB PM Di Serbu.

Peluang Tidak Dilepaskan - Semua Mahu Bersalam Dengan Pemimpin No. 1.

YAB PM bersama rombongan turut serta dalam upacara miring.

Majlis Miring Satu Tradisi Memohon Keselamatan.

Ucapan Alu-Aluan oleh Yang Berbahagia Datuk Gramong Juna, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Sarawak (Ahli DUN N. 44, Machan). Antara isu-isu yang diketengahkan adalah seperti berikut:

Memohon supaya klinik didirikan di Nanga Tada;

Memohon pembinaan jalan raya bagi menghubungkan Nanga Jagau, Nanga Ngungun dan rumah-rumah panjang di sepanjang Sungai Ngemah;

Memohon bagi pihak penduduk di Skim Penempatan Semula Nanga Tada, Ngungun, Jagau dan Sekuau supaya masalah status tanah yang kini di bawah Federal Land Commissioner diserahkan kepada mereka sepertimana yang dijanjikan 38 tahun dahulu semasa perpindahan.

Seterusnya Yang Amat Berhormat, Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyampaikan ucapan di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan YAB PM di atas peruntukan sebanyak RM2,000 juta kepada Negeri Sarawak untuk membina jalan raya sepanjang 1000km dalam tempoh masa 2 tahun ini.

Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Patinggi Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak di dalam ucapannya pula, antara lain memberi jaminan dan kelulusan pelaksanaan projek seperti berikut:

1.Usaha untuk membawa balik jenazah 22 orang rakyat Sarawak yang telah terkorban di Semenanjung Malaysia semasa melawan komunis;

2.Bantuan akan terus disalurkan kepada keluarga mendiang Renjer Mathew yang telah terkorban di tangan AL-Maunah suatu masa dahulu;

3.Peruntukan berjumlah RM18 juta atau RM 12,000 setiap rumah diluluskan untuk membaikpulih dan membuat pendawaian baru bagi 1,420 buah rumah di Skim Penempatan Semula Nanga Tada, Jagau, Ngungun dan Sekuau;

4.Peruntukan berjumlah RM8 juta diluluskan bagi membina jalan raya dari Nanga Jagau ke Nanga Ngungun;

5.Peruntukan berjumlah RM9 juta diluluskan untuk membina Klinik Kesihatan di Nanga Tada dan Projek ini akan dimasukkan di bawah RMK-10;

6.Program Khas Yayasan 1Malaysia yang dipengerusikan Oleh YAB PM sendiri akan menyalurkan bantuan dalam bentuk simpanan Buku BSN kepada seramai 477 orang pelajar. Sejumlah RM450 setahun akan diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan RM600.00 setahun kepada pelajar sekolah menengah bermula pada tahun ini; dan

7.Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui agensinya iaitu RISDA dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak dipertanggungjawabkan untuk mengenalpasti kawasan bagi tanaman kekal seperti getah bagi menjana pendapatan tetap kepada penduduk tempatan di kawasan Skim ini.


Menyampaikan Cek Sumbangan Yayasan 1Malaysia.

Sebahagian Pelajar Yang Mendapat Bantuan Yayasan 1Malaysia.

Selesai lawatan ke Nanga Tada, kami terus bertolak ke Bandar Sibu untuk satu lagi Majlis Rasmi iaitu "Walkabout" di pasar pekan Sibu.

Menanti Ketibaan YAB PM.

Sebahagian Yang Hadir Untuk Menyambut Ketibaan YAB PM.

"Walkabout Di Pasar Sibu"

Beramah Mesra Dengan Peniaga.

Lawatan saya bersama YAB PM berakhir dengan Jamuan Makan Tengahari di RH Hotel Bandar Sibu bersama masyarakat Tionghua.

Rasanya tidak lengkap catatan saya kali ini kalau peristiwa yang menimpa saya dan beberapa rakan yang bersama di dalam helikopter yang saya naiki disepanjang lawatan bersama YAB PM tidak saya catatkan disini. Hanya doa dan kesyukuran sahaja yang saya dapat panjatkan kepada Allah S.W.T kerana saya masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar dan masih dapat bertemu keluarga serta melaksanakan tugas seperti biasa.

Mungkin sudah biasa kita mendengar orang akan menggunakan "jumper battery" untuk mengidupkan enjin kereta bila baterinya lemah. Tapi mungkin tidak pernah kita mendengar helikopter juga akan di "jumper" dengan bateri bila beterinya lemah. Itulah yang berlaku kepada kami apabila mahu bertolak dari Simunjan ke Kuching pada lawatan hari pertama bersama YAB PM.

Kalau semasa lawatan bersama YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum ini, helikopter kami terpaksa membuat penderatan kecemasan di tengah-tengah hutan belantara akibat ditimpa hujan lebat dan angin ribut, kali ini, helikopter kami mengalami masalah bateri yang lemah dan tidak dapat menghidupkan enjin.

Alhamdulillah akhirnya setelah mencuba bebrapa kali, enjin helikopter dapat dihidupan dan kami berlepas ke Sibu.



Helikopter Sedang Di "Jumper"

Tetapi perjalanan selama 20 minit bagi kami dirasakan seolah-olah dua hari perjalanan. Apakan tidak, walaupun helikopter kami dapat terbang, tapi hati ini sahaja yang mengetahui betapa gusar dan takutnya kami oleh kerana bunyi enjin tidak seperti kebiasaan. Bising teramat bising dan sekali sekala badan helikopter bergegar seolah-olah akan berkecai di udara. 20 minit terlalu lama untuk kami tiba di Kuching. Kami terbang agak rendah dan seolah-olah dalam berjaga-jaga. Semua penumpang tidak berkata, hilang suara hanya mata sahaja yang bertentangan antara satu sama lain. Ada yang rasa kecut, ada yang buat-buat tidur dan ada yang masih sibuk mengambil gambar dan video dari udara (saya la tu). Akhirnya kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuching. Dan malamnya, pemilik memaklumkan kami bahawa helikopter tersebut tidak lagi dapat diterbangkan dan perlu diperbaiki.

Masih Lagi Dapat Menguntum Senyum.

Syukur alhmadulillah, pengalaman kedua menghadapi kecemasan menaiki helikopter tidak melemahkan semangat saya untuk terus berbakti kepada masyarakat luar bandar dan pada 27 Mac 2010 sekali lagi saya dan rombongan Setiausaha Politik YAB PM akan menjelajah buat sekian kalinya ke daerah "pesisir" negeri Sarawak untuk menyambung misi meninjau masalah dan isu pembangunan di pesisir atau pedalaman Sarawak.

Masakan kita harus mengalah oleh kerana kita pernah mengalami kecemasan sedemikian. Kerana ajal akan menjemput kita dimana-mana dan bila-bila masa sahaja wa ima sesaat pon tidak dapat di tangguhkan. Dan selagi nayawa masih ada, selagi itu misi harus diteruskan. Jika ditakdirkan perginya saya dari dunia ini oleh kerana "helikopter" saya pasrah, namun untuk mengalah dan tidak mahu menaikinya lagi jauh sekali. Kerana tugas memerlukannya maka kita harus menempuhnya dengan tabah dan penuh tawakkal, sepertimana juga YAB PM, tampa mengira waktu, penat dan kisibukan, misi untuk merialisasikan 1Malaysia harus diteruskan.

WASSALAM.

(Dan jangan ada pula dikalangan pembaca yang tersalah tanggap yang akan melebelkan saya kali ini sebagai orang kanan YAB PM pula sepertimana yang di labelkan sebelum ini sebagai orang yang rapat dengan YB Menteri KKLW - catatan ini dan yang sebelumnya hanyalah merupakan sekadar apa yang saya lalui bersama sesiapa sahaja sebagai catatan peribadi dan untuk dikongsi bersama dengan mereka yang tidak berpeluang untuk turut serta, tidak lebih dari itu.).

Sunday, February 21, 2010

BANYAK DAN MEMANG BANYAK

Assalamualaikum dan selamat berjumpa kembali.

Tentu ada dikalangan pembaca tertanya-tanya kenapa tajuk kali ini agak pelik " Banyak dan Memang Banyak".

Saya memilih tajuk sedemikian bukan kerana apa. Saban hari saya ditanya oleh pembaca, sama ada melalui e-mail atau apabila bersua di jalanan, mereka akan bertanya kenapa agak lama Goloksiam menyepi, tiada catatan terbaru atau berita baru di paparkan, mana sambungan Kembara 1Malaysia KKLW ke Sarawak?

Bukan tiada cerita atau saya tiada aktiviti. Sebenarnya memang ada sambungan catatan saya ke Sarawak, malahan bukan sahaja sekali saya menjelajah ke rumah-rumah panjang di Sarawak pada bulan Januari 2010. Sebaik sahaja pulang dengan rombongan SUPOL Perdana Menteri, sekali lagi saya menjelajah ke rumah panjang bersama rombongan YB Dato' Seri Hj. Shafie Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Banadar dan Wilayah iaitu dari 29 Januari hingga 1 Februari 2010. Kembara kami kali ini agak mencabar sehingga helikopter yang saya naiki terpaksa membuat pendaratan kecemasan akibat ditimpa ribut dan hujan lebat semasa perjalanan pulang dari melawat salah sebuah rumah panjang di Bungan Besar, Sarawak.

Gadis Sunti Kg. Bungan Besar, Batang Igan, Sarawak.

Sekadar Kenangan.


Suasana Semasa Terbang Di Dalam Awan Tebal.


Di Timpa Hujan Lebat Dalam Awan Tebal.


Mencari Tempat Untuk Mendarat.

Mendarat Kecemasan Menunggu Ribut Reda.

Pekan Marudi dari udara.

Sebaik sahaja pulang dari kembara kali ke dua di Sarawak bersama YB Menteri, pelbagai aktiviti dan tugasan yang agak "banyak" menunggu di pejabat di tambah pula dengan aktiviti-aktiviti seperti pertandingan bowling antara Bahagian, Hari Keluarga KKLW serta tugas-tugas rasmi yang memerlukan perhatian yang agak serius. Naik turun saya ke Sabah dan Sarawak beberapa kali serta menghadiri beberapa mesyuarat penting di Kuantan, Johor dan Kelantan, silih berganti.

Lantaran kesibukan yang agak ketara dan dalam masa yang sama, Bahagian saya terajui iaitu Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek, KKLW saban hari menerima staff baru dari pelbagai peringkat untuk di tempatkan di Pejabat-pejabat Cawangan seluruh negara, masa untuk saya mengemaskinikan blog Goloksiam agak terbatas.

Tapi dalam kesibukan yang agak ketara, saya masih seronok menjalankan tugas yang di amanahkan dan sempat juga merakamkan beberapa pemandangan indah. Kata orang sambil menyelam sambil minum air seperti mana gambar-gambar yang dipaparkan dibawah.

Luahan Pekerja Lapangan Terbang Sibu Mengenai Janji Pembesaran Lapangan Terbang Sibu Yang Belum Menjadi Kenyataan.

Rakan Saya Di Layan Mesra Dalam Penerbangan Dari Sibu Ke KLIA.

Sentiasa Di Udara.

Gunung Kinabalu Dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Begitulah keadaan kesibukan saya dalam bulan Februari 2010 dan sekali lagi saya akan mengembara untuk sekian kalinya ke Sarawak dan kali ini bersama-sama YAB Perdana Menteri dari 21 hingga 23 Februari 2010. Kembara kali ini agak bereza oleh kerana ianya di ketuai oleh YAB Perdana Menteri sendiri, sudah tentu banyak persiapan yang perlu dibuat dan kebiasaannya PM akan membuat pengumuman penting semasa lawatan beliau.

Kembara 1Malaysia Ke Sarawak bersama Perdana Menteri akan meliputi beberapa tempat seperti Seri Aman, Simunjan, Seratok, Sibu, Kapit dan Kanowit.

Doa saya semoga, kembara saya kali ini tidak mengalami apa-apa masalah ke atas helikopter yang akan membawa rombongan yang dikra agak besar juga dan hampir 10 buah helkopter akan digunakan untuk ke tempat-tempat yang akan dilawati oleh PM.

InsyaAllah, akan saya paparkan nanti hasil Kembara 1Malaysia KKLW Bersama PM sebaik sahaja pulang nanti. Begitulah "BANYAK DAN MEMANG BANYAK" tugasan yang saya lalui di sepanjang bulan Januari dan Februari 2010.

Wassalam.