Salam Sejahtera

"Ini adalah semata-mata catatan saya berdasarkan kepada apa yang saya lalui, sama ada ianya urusan rasmi berkaitan tugas mahupun catatan aktiviti peribadi serta apa yang dirasakan seharusnya dikongsi bersama"
"USE YOUR HEART WHEN YOU DEAL WITH OTHERS, AND USE YOUR BRAIN WHEN YOU DEAL WITH YOURSELF"

Saturday, September 5, 2009

Kembara 1Malaysia KKLW

Pada 19 dan 20 Ogos 2009 yang lalu saya berkesempatan mengikuti Kembara 1Malaysia KKLW bersama YB. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ke Daerah Asajaya, Kuching dan Kampung Tiris, Bekenu, Miri, Sarawak.

Turut serta dalam kembara tersebut ialah beberapa orang lagi pegawai dari KKLW seperti Tuan Haji Yusof Dohab, TKSU (Sosio-Ekonomi), Tuan Haji Abdullah Embung (SUB KR) dan Encik Zukri, pegawai unit Komunikasi KKLW.

Kembara YB Menteri di Kampung Sambir, Asajaya, Kota Samarahan yang terletak lebih kurang 80 km. dari Bandaraya Kuching amat menarik sekali, kerana ianya dilakukan disebelah malam. Meriah memang meriah apabila seluruh penduduk Kpg. Sambir keluar menyambut ketibaan YB. Menteri dengan dimulai upacara penyerahan kunci rumah PBR kepada dua penduduk miskin tegar yang telah menerima rumah berkenaan.

Seluruh Penduduk Kampung Sambir Menyambut Ketibaan YB Menteri.

Rumah PBR Dirasmikan Penyerahan Kepada KIR.

Selesai acara penyerahan rumah, acara diteruskan dengan pertemuan YB Menteri dengan seluruh penduduk Kpg. Sambir di dewan orang ramai. Di sini semua penerima bantuan rumah PBR dijemput untuk menerima kunci rumah masing-masing daripada YB Menteri.

Walaupun pada awal majlis berlangsung berlaku gangguan bekalan elektrik, tetapi semangat penduduk Kpg. Sambir agak kuat, apatah lagi ianya berlaku semasa Timbalan Ketua Menteri Sarawak sedang menyampaikan ucapan, walaupun dalam keadaan gelap gulita, beliau tetap meneruskan ucapannya, sehinggalah bekalan elektrik dipulihkan semula. Mereka tetap tidak berganjak dari dewan.

Ucapan yang disampaikan oleh YB Menteri Kemajuan Luar Bandar mendapat sambutan yang agak hebat, apabila beliau mengumumkan akan memberi keutamaan kepada pembangunan infrastruktur luar bandar, termasuklah di Kpg. Sambir amnya dan seluruh Sarawak khususnya.

Ketibaan Tetamu Disambut Dengan Pencak Silat Tabika KEMAS.

Walaupun Dalam Kegelapan Mereka Masih Setia Dengan Pemimpin.

Penyampaian Kunci Rumah PBR

Sebahagian Penerima Kunci Rumah Bergambar Bersama YB Menteri.

Tetamu Dihiburkan Dengan Tarian Tempatan.

Selesai majlis berkenaan kami dijamu dengan jamuan rakyat.

Keesokan harinya 20 Ogos 2009, pagi-pagi lagi rombongan YB Menteri bertolak ke Miri Sarawak. Tepat jam 7.30 pagi rombongan bertolak ke Miri dan sebaik sahaja tiba di Miri, kembara dibuat ke perkampungan Usaha Jaya, Batu 8, Lambir, Miri sebelum lawatan rasmi di Kpg. Tiris.

YB Menteri Meninjau Rumah Pendudk.

Di Kpg. Usaha Jaya, Bt. 8, Lambir, Miri YB Menteri membuat tinjauan ke beberapa buah rumah PBR yang telah siap di bina dan termasuk sebuah rumah Mesra Rakyat.

Perjumpaan dengan penduduk tempatan juga diadakan. Mereka mengadu akan kesulitan yang dihadapi oleh kerana jalan masuk ke kampung mereka yang tidak berturap. Mereka memohon supaya KKLW menurap jalan perkampungan berkenaan.

Berdialog Dengan Penduduk.

Rumah PBR Kayu.

Jalan Masuk Ke Kampung.

YB Menteri Meninjau Kualiti Rumah PBR.

Jalan Yang Becak Bila Hujan.

Selesai di Bt. 8, Kembara diteruskan ke Kampung Tiris yang mana perjalanannya mengambil masa lebih kurang satu jam dari Kpg. Bt. 8. Kami tiba pada waktu jam sudah menunjukan 12 tengahari.

Setiba sahaja kami di Kampung Tiris, kembara diteruskan dengan bermotorsikal membuat tinjauan ke pelusuk perkampungan.

Jalan Masuk Ke Kampung Tiris.

Sambutan Ketibaan Di Kpg. Tiris.

Kembara kami ke rumah panjang yang dihuni oleh 60 keluarga amat mengharukan. Sambutan penduduk dengan perlawanan bolasepak wanita agak melucukan, tetapi menghiburkan kembara kami.

Tinjauan dibuat ke atas beberapa kemudahan di kampung Tiris, seperti jeti, laluan pejalan kaki, sumber air penduduk, serta jalan PJK yang sedang dalam pembinaan.

Kembara diteruskan dengan perjumpaan dengan penduduk tempatan di Dewan Orang Ramai dan di akhiri dengan jamuan rakyat yang boleh dikatakan agak menyelerakan rombongan YB Menteri.

Berikut dipaparkan rakaman kembara YB Menteri ke Kpg. Tiris.

Kembara Bermotosikal.

PRO Yang Pro Bermotosikal.

Meninjau Rumah PBR Kayu.

Sambutan Penduduk Rumah Panjang.

Kembara Ke Rumah Panjang.

Warga Emas Rumah Panjang.

Meninjau Jeti dan Sumber Air Penduduk.

Bersama Pelajar Sekolah Rendah Kpg. Tiris.

Bersama KIR Tegar.

Melawat Warga Emas Kg. Tiris.

Warga Tua Yang Tertua Di Kg. Tiris - Encik Omar.

Merasmikan Jambatan Baru Kg. Tiris.

Meninggalkan Pesanan Kepada Penduduk.

Melaporkan Kembara 1Malaysia KKLW Melalui Media Ke Seluruh Dunia _ Sidang Akhbar

"Jom Kembara Selesai, Kita Pulang"

Begitulah catatan Kembara 1Malaysia KKLW ke Sarawak bersama YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Jumpa lagi di catatan Kembara 1Malaysia KKLW di masa yang akan datang. Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan "SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

No comments:

Post a Comment