Salam Sejahtera

"Ini adalah semata-mata catatan saya berdasarkan kepada apa yang saya lalui, sama ada ianya urusan rasmi berkaitan tugas mahupun catatan aktiviti peribadi serta apa yang dirasakan seharusnya dikongsi bersama"
"USE YOUR HEART WHEN YOU DEAL WITH OTHERS, AND USE YOUR BRAIN WHEN YOU DEAL WITH YOURSELF"

Monday, September 21, 2009

Sambutan Lebaran Aidilfitri 2009

Alhamdulillah, tanggal 20 September 2009 seluruh umat Islam di Malaysia menyambut ketibaan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Gembira agaknya kerana dapat menunaikan ibadah puasa selama sebulan sebelumnya.

Post saya kali ini hanyalah sekadar menggambarkan sambutan Aidilfitri keluarga kami di kampung dan menjadi tradisi bagi kami di hari raya yang mulia ini berkumpul adik kakak serta sanak saudara. Berkunjung ke rumah adik beradik, sanak saudara serta bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Bergambar kenangan di Pagi Raya.

Keluarga Zulkifli

Keluarga Kamal Tok Sheikh

Keluarga Ghazali & Aminah.

Keluarga Abang Soh.

Keluarga Abang Ji & Kak Han.

Keluarga Azman & Jamilah.

Bagi keluarga kami, sambutan dimulakan dengan bersalaman antara satu sama lain di mana seluruh keluarga akan bermaaf-maafan. Dikuti dengan sesi bergambar beramai-ramai sebelum kami berkunjung ke rumah nenek kami sebelum kami berkunjung ke rumah sanak saudara yang lain.

Sebahagian Keluarga Di Pagi Raya

Satu Keluarga Besar - Possing Wajib Setiap Pagi Raya.

Anak-anak Buah Yang Bergaya- Ada Yang Berminat?

Sebahagian Juadah Raya- Hem....sedapnya.

Begitulah sekadar cacatan raya tahun ini untuk tatapan pembaca yang setia.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI LEBARAN AIDILFITRI

Alahamdulillah, hari ini sempurna sudah ibadah puasa kita untuk hari ke 27 umat Islam berpuasa.Mungkin 2 atau 3 hari lagi seluruh ummmah Islam akan menyambut hari kebesaran yang dinanti-nantikan.

Hari Raya Aidil Fitri adalah hari untuk seluruh ummah bergembira setelah selesai sudah ibadah berpuasa.

Mulai hari ini telah ramai rakyat Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai bertolak balik ke kampung masing-masing. Jalan mungkin mulai sesak bermula malam ini sehinggalah menjelang hari raya.

Bercerita mengenai pulang beraya ke kampung, teringat saya perjalanan kami pada raya tahun lepas, sepertimana yang saya paparkan dahulu dalam blog saya ini. Kemalangan memang tidak dapat dielakkan bagi mereka yang lalai semasa memandu. Sepanjang jalan ada sahaja kemalangan yang ditemui. Dan kerana itu Op Sikap yang dijalankan oleh pihak Polis diteruskan untuk kesekian kalinya. Harap-harap tahun ini janganlah statistik kemalangan meningkat. InsyaAllah kami akan bertolak balik sama ke kampung,tapi tahun ini kami mengambil jalan udara, bukan takut berlaku kemalangan, tetapi rasa-rasanya cukuplah apa yang dialami oleh kami semasa pulang beraya pada tahun 2007 dan 2008, 18 jam berada di atas jalan amat memeritkan.

Akhir kalam saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat, teman dan semua pembaca blog saya. Semoga segala salah dan silap harap dimaafkan.

Wassalam.

Saturday, September 5, 2009

Kembara 1Malaysia KKLW

Pada 19 dan 20 Ogos 2009 yang lalu saya berkesempatan mengikuti Kembara 1Malaysia KKLW bersama YB. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ke Daerah Asajaya, Kuching dan Kampung Tiris, Bekenu, Miri, Sarawak.

Turut serta dalam kembara tersebut ialah beberapa orang lagi pegawai dari KKLW seperti Tuan Haji Yusof Dohab, TKSU (Sosio-Ekonomi), Tuan Haji Abdullah Embung (SUB KR) dan Encik Zukri, pegawai unit Komunikasi KKLW.

Kembara YB Menteri di Kampung Sambir, Asajaya, Kota Samarahan yang terletak lebih kurang 80 km. dari Bandaraya Kuching amat menarik sekali, kerana ianya dilakukan disebelah malam. Meriah memang meriah apabila seluruh penduduk Kpg. Sambir keluar menyambut ketibaan YB. Menteri dengan dimulai upacara penyerahan kunci rumah PBR kepada dua penduduk miskin tegar yang telah menerima rumah berkenaan.

Seluruh Penduduk Kampung Sambir Menyambut Ketibaan YB Menteri.

Rumah PBR Dirasmikan Penyerahan Kepada KIR.

Selesai acara penyerahan rumah, acara diteruskan dengan pertemuan YB Menteri dengan seluruh penduduk Kpg. Sambir di dewan orang ramai. Di sini semua penerima bantuan rumah PBR dijemput untuk menerima kunci rumah masing-masing daripada YB Menteri.

Walaupun pada awal majlis berlangsung berlaku gangguan bekalan elektrik, tetapi semangat penduduk Kpg. Sambir agak kuat, apatah lagi ianya berlaku semasa Timbalan Ketua Menteri Sarawak sedang menyampaikan ucapan, walaupun dalam keadaan gelap gulita, beliau tetap meneruskan ucapannya, sehinggalah bekalan elektrik dipulihkan semula. Mereka tetap tidak berganjak dari dewan.

Ucapan yang disampaikan oleh YB Menteri Kemajuan Luar Bandar mendapat sambutan yang agak hebat, apabila beliau mengumumkan akan memberi keutamaan kepada pembangunan infrastruktur luar bandar, termasuklah di Kpg. Sambir amnya dan seluruh Sarawak khususnya.

Ketibaan Tetamu Disambut Dengan Pencak Silat Tabika KEMAS.

Walaupun Dalam Kegelapan Mereka Masih Setia Dengan Pemimpin.

Penyampaian Kunci Rumah PBR

Sebahagian Penerima Kunci Rumah Bergambar Bersama YB Menteri.

Tetamu Dihiburkan Dengan Tarian Tempatan.

Selesai majlis berkenaan kami dijamu dengan jamuan rakyat.

Keesokan harinya 20 Ogos 2009, pagi-pagi lagi rombongan YB Menteri bertolak ke Miri Sarawak. Tepat jam 7.30 pagi rombongan bertolak ke Miri dan sebaik sahaja tiba di Miri, kembara dibuat ke perkampungan Usaha Jaya, Batu 8, Lambir, Miri sebelum lawatan rasmi di Kpg. Tiris.

YB Menteri Meninjau Rumah Pendudk.

Di Kpg. Usaha Jaya, Bt. 8, Lambir, Miri YB Menteri membuat tinjauan ke beberapa buah rumah PBR yang telah siap di bina dan termasuk sebuah rumah Mesra Rakyat.

Perjumpaan dengan penduduk tempatan juga diadakan. Mereka mengadu akan kesulitan yang dihadapi oleh kerana jalan masuk ke kampung mereka yang tidak berturap. Mereka memohon supaya KKLW menurap jalan perkampungan berkenaan.

Berdialog Dengan Penduduk.

Rumah PBR Kayu.

Jalan Masuk Ke Kampung.

YB Menteri Meninjau Kualiti Rumah PBR.

Jalan Yang Becak Bila Hujan.

Selesai di Bt. 8, Kembara diteruskan ke Kampung Tiris yang mana perjalanannya mengambil masa lebih kurang satu jam dari Kpg. Bt. 8. Kami tiba pada waktu jam sudah menunjukan 12 tengahari.

Setiba sahaja kami di Kampung Tiris, kembara diteruskan dengan bermotorsikal membuat tinjauan ke pelusuk perkampungan.

Jalan Masuk Ke Kampung Tiris.

Sambutan Ketibaan Di Kpg. Tiris.

Kembara kami ke rumah panjang yang dihuni oleh 60 keluarga amat mengharukan. Sambutan penduduk dengan perlawanan bolasepak wanita agak melucukan, tetapi menghiburkan kembara kami.

Tinjauan dibuat ke atas beberapa kemudahan di kampung Tiris, seperti jeti, laluan pejalan kaki, sumber air penduduk, serta jalan PJK yang sedang dalam pembinaan.

Kembara diteruskan dengan perjumpaan dengan penduduk tempatan di Dewan Orang Ramai dan di akhiri dengan jamuan rakyat yang boleh dikatakan agak menyelerakan rombongan YB Menteri.

Berikut dipaparkan rakaman kembara YB Menteri ke Kpg. Tiris.

Kembara Bermotosikal.

PRO Yang Pro Bermotosikal.

Meninjau Rumah PBR Kayu.

Sambutan Penduduk Rumah Panjang.

Kembara Ke Rumah Panjang.

Warga Emas Rumah Panjang.

Meninjau Jeti dan Sumber Air Penduduk.

Bersama Pelajar Sekolah Rendah Kpg. Tiris.

Bersama KIR Tegar.

Melawat Warga Emas Kg. Tiris.

Warga Tua Yang Tertua Di Kg. Tiris - Encik Omar.

Merasmikan Jambatan Baru Kg. Tiris.

Meninggalkan Pesanan Kepada Penduduk.

Melaporkan Kembara 1Malaysia KKLW Melalui Media Ke Seluruh Dunia _ Sidang Akhbar

"Jom Kembara Selesai, Kita Pulang"

Begitulah catatan Kembara 1Malaysia KKLW ke Sarawak bersama YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Jumpa lagi di catatan Kembara 1Malaysia KKLW di masa yang akan datang. Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan "SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"