Assalamualaikum kepada semua pembaca Blog saya. Nampaknya hampir sebulan saya tidak meng update kan blog saya. Tajuk kali ini sudah pasti dapat memberi gambaran kepada pembaca betapa sibuknya saya akhir-akhir ini.
Semenjak diberi tugasan baru sebagai "Liason Officer" bagi Projek-projek Rangsangan Ekonomi 2009 oleh pejabat tempat saya bertugas....maka bermulalah kesibukan saya.
Ada orang kata, kekadang kita buat-buat sibuk, takut Boss bagi kerja lagi dan kadang-kadang kita jadi penyibuk. Tapi hakikatnya hampir sebulan yang lalu, saya memang sibuk dan terlalu sibuk, sama seperti cuaca di Subang Jaya yang hampir setiap petang akhir-akhir ini di landa "RIBUT PETIR".
Kembali dari Pangkor, berbagai tugasan yang harus diselesaikan. Ke Terengganu, Perak, Kelantan dan menghadiri mesyuarat yang agak penting di Sarawak sehinggalah menguruskan laporan Pemantauan Projek Rangsangan Ekonomi 2009 (PRE) bagi Kementerian. Laporan perlu dikemaskini dan dihantar setiap minggu ke Perbendaharaan.
Nasib baik, saya mempunyai pegawai yang dedikasi dan tahu menjalankan tugas masing-masing. Kerjasama mereka amat saya hargai.
Dalam kesibukan tersebut, sempat juga saya ke Perak, terbang ke Terengganu dan Sarawak.
Di Perak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Induk Projek Rangsangan Ekonomi KKLW dan menghadiri Karnival Desa di Kg. Trong, Perak
Kerana tugas, saya perlu turun membuat pemantauan secara dekat untuk melihat kemajuan pelaksanaan projek-projek KKLW di Terengganu serta menghadiri mesyuarat penting, iaitu Dana Khas Kerajaan Persekutuan.
Dalam perjalanan ke Terengganu sempat saya membuat tinjaun Projek Pusat Kraf Tangan Orang Asli di Kg. Cheneh, Terengganu.
Alhamdulillah, nampaknya projek tersebut telah siap, cuma menanti kemasukan perabut dan kelengkapan dalam bangunan. Mungkin dalam bulan Jun nanti masyarakat Orang Asli boleh memulakan aktiviti mereka di sini.
Dengan adanya pusat kraf tangan Orang Asli di sini, mereka yang melintasi jalan dari Kuatan menuju ke Bandar Almuktafibillah akan dapat melihat pelbagai jenis keraf tangan Orang Asli yang di pamer dan dijual disini.
Dari Terengganu terus ke Kelantan. Masalah banjir yang berlaku pada awal tahun ini masih belum dapat diselesaikan lagi. Lawatan di buat ke Projek Jalan KESBAN yang terletak lebih kuang 20 km. dari Kota Bharu, iaitu di Pangkalan Kubor, Tumpat(Bersempadan dengan Selatan Thailand).
Cadangan untuk membina "culvert" tambahan di sepanjang jalan KESBAN akan dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat, agar jika berlaku banjir lagi, air banjir mudah mengalir dengan cepat ke Sungai Golok. Semoga jika berlaku banjir pada akhir tahun ini, penduduk kampung tidak lagi mengalami keadaan air yang bertakong agak lama.
Sementara, di Sarawak pula saya mengikuti lawatan Timbalan Ketua Setiausaha Sosial, membuat lawatan ke Projek Agropolitan Pulau Seduku dan Batang Sadong. Serta menghadiri mesyuarat dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Sarawak.
Bertemu Dengan Masyarakat Pulau Seduku, Seri Aman, Sarawak.
Suasana Kampung Pulau Seduku.
Karnival Usahawan Desa, Kg. Trong, Perak.
Keadaan Rumah Di Btg. Sadong, Sarawak
Kg. Btg. Sadong Dari Sungai Btg. Sadong.
Begitulah sedikit sebanyak gambaran kesibukan saya di sepanjang bulan Mac 2009. Dan kerana itu pengemaskinian blog saya agak lambat dan saya memohon maaf kepada pembaca setia yang mengunjungi blog saya.
Wassalam, sehingga jumpa lagi dalam coretan yang akan datang.
Sunday, April 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum.....
ReplyDeleteTertanya2 juga mengapa lama tak dikemaskini, terus terjawab oleh Abg Nik. Kesibukan dan tugasan yg sentiasa mendatang. Selamat maju jaya, Abg Nik. Untung jugak, sentiasa terbang ke sana sini. Paparan di blog ni pun kiranya dpt dihayati. TQ.