Salam Sejahtera

"Ini adalah semata-mata catatan saya berdasarkan kepada apa yang saya lalui, sama ada ianya urusan rasmi berkaitan tugas mahupun catatan aktiviti peribadi serta apa yang dirasakan seharusnya dikongsi bersama"
"USE YOUR HEART WHEN YOU DEAL WITH OTHERS, AND USE YOUR BRAIN WHEN YOU DEAL WITH YOURSELF"

Tuesday, November 4, 2008

SERUAN KAABAH





Alhamdulillah, Syukur kami kepada Allah SWT kerana dengan izinNya Kami dapat menunaikan Ibadah Fardhu Haji pada tahun ini dan InsyaAllah Kami akan berangkat ke Mekah pada pagi 11 November 2008 nanti melalui penerbangan KT33.

Sesungguhnya peluang yang Kami perolehi amat besar hikmahnya. Ini adala kerana setiap Umat Islam sememangnya bercita-cita untuk menunaikan Ibadah Haji jika termampu dan mempunyai peluang. Bagi Kami peluang yang diperolehi adalah satu Rahmat yang tidak terhingga.

Sebaik sahaja Kami mendapat makluman Terpilih untk menunaikan Ibadah Haji, bermulalah persiapan Kami bagi menghadapinya. Dari menghadiri kursus Haji Bersiri di Masjid Al-Nur USJ 4 Subang Jaya selama 13 minggu, hinggalah mengikuti Kursus Haji Perdana anjuran Lembaga Tabung Haji dan Syarikat Zahafiz Travel and Tours Sdn. Bhd.


Sesungguhnya kursus-kursus yang Kami ikuti membuka minda Kami bahawa betapa besarnya hikmah mengerjakan Haji dan betapa banyaknya tatacara yang perlu diketahui samada dari segi hukum serta peraturan-peraturan mengerjakan Haji.

Harapan Kami sebelum berangkat semoga Kami diberikan oleh Allah kesihatan yang baik dan fikiran yang tenang. Mudah-mudahan Kami akan dapat mengerjakan Haji dengan sempurna dan mendapat Haji yang Mabrur. InsyaAllah.

Di kesempatan ini Kami menyusunjari sepuloh memohon keampunan dan kemaafan jika ada kesilapan Kami kepada pembaca semua dan Kami uga dengan penuh keinsafan dan sedar memaafkan kesilapan rakan-rakan, saudara mara serta sahabat yang mengunjungi Blog Kami ini. Sesungguhnya yang burok itu dari Kami jua dan yang baik itu hanya dari Allah SWT.

Wassalam.

2 comments:

  1. saya doakan tuan dan isteri sihat dan selamat ketika mengerjakan ibadat haji.

    ReplyDelete
  2. Saya dan isteri turut mendoakan En Nik dan isteri sihat di sana. Jaga kesihatan dan makanan di sana...Moga En Nik dan isteri memmperoleh haji mabrur....ameen

    ReplyDelete