Syabas kepada seluruh warga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang sepatutnya pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas (3 dan 4 Mei 2008) sepatutnya mereka bersenang lenang dengan anak isteri di hujung minggu, tetapi pada kedua-dua hari tersebut mereka berkorban dengan menghadiri Seminar Pembangunan Luar Bandar anjuran KKLW di PICC, Putrajaya.
Dua hari di hujung minggu yang lepas nampaknya banyak memberi manfaat kepada warga KKLW mengupas prospek dan cabaran luar bandar. Dari ucaputama Y.Bhg. Datuk KSU KKLW, hinggalah kepada ulasan dan luahan yang disampaikan oleh Pengerusi JKKK Kg. Guris, Perlis.
Apa yang menarik perhatian saya di Seminar berkenaan ialah kesetiaan Warga KKLW yang datang dari seluruh pelusok tanah air tetap setia mendengar setiap taklimat, ulasan dan kupasan yang disampaikan. Malahan ada juga yang menyampaikan cadangan, luahan dan pandangan serta tidak kurang juga yang menanyakan soalan .
Saya sendiri terlibat secara langsung dalam seminar berkenaan dengan menyampaikan taklimat berhubung dengan Perubahan Pengurusan Sistem Penyampaian KKLW. Walaupun agak tidak yakin pada awalnya, tetapi setelah mendengar banyak pandangan dan cabaran yang dilontarkan oleh penceramah jemputan dan ahli-ahli panel forum pada hari pertama seminar dan kupasan oleh YB. Sanator Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh pada pagi hari kedua, saya kuatkan semangat mendedahkan beberapa isu yang seharusnya difikirkan bersama oleh Warga KKLW dalam memastikan segala apa program dan projek yang di laksanakan di buat dengan betul mengikut perancangan dan akhirnya dapat dinikmati oleh golongan sasar KKLW iaitu penduduk luar bandar. Alah BisaTegal Biasa kata orang. Selesai sudah bebanan yang diberikan kepada saya.
Tetapi, kita tidak seharusnya berhenti sesudah selesai berseminar, janji urus setia seminar, laporan seminar akan diedarkan secepat mungkin kepada semua peserta dalam tempoh yang terdekat dan selalunya kita hanya menerima laporan dan menyimpanya di rak buku sebagai koleksi kita telah menghadiri seminar. Kita sepatutnya merenung, apakah sebagai penjawat awam kita telah menunaikan tanggungjawab kita kepada pelangan kita. Kalau kita di KKLW, apakah kita berpuashati setakat ini dengan sumbangan kita kepada penduduk luar bandar, apakah telah habis daya usaha kita, kudrat kita dan pemikiran kita dalam usaha merobah kehidupan masyarakat luar bandar. Kalau sudah, kenapa masih ada suara-suara di sepanjang kita menghadiri Seminar tersebut. Yang kita dengar ialah pandangan, cadangan, keritikan dan kelemahan pelaksanaan dan secara tidak langsung ianya menggambarkan kelemahan kita sebagai Warga KKLW. Ini adalah kerana tugas kita masih banyak dan perlu di pertingkatkan lagi.
Ayuh Warga KKLW, baca laporan Seminar, renung, bincang dan bermuzakarahlah kita agar matlamat dan falsafah Kerajaan untuk menjadikan Luar Banadar kita MAJU, MENARIK DAN MENGUNTUNGKAN dapat di realisasikan.
Sunday, May 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment