Pada 22 Julai 2010 saya berpeluang mengikuti lawatan Perdana Menteri ke Miri Sarawak. Lokasi pertama yang dilawati ialah ke Long Banga, Ulu Baram. Untuk kesana dari Miri mengambil masa 9 - 10 jam melalui jalan darat. PM bersama rombongan menaiki helikopter dari Miri ke Long Banga yang mengambil masa 1 jam.
Hampir 2 ribu penduduk yang terdiri dari Orang Ulu keluar menyambut ketibaan YAB PM di Majlis Mesra Rakyat.
Selesai di Long Banga YAB PM meneruskan program Mesra Rakyat ke Bekenu, Miri. Di Bekenu, rakyat meraikan Hari Jadi YAB yang ke 57 yang jatuh pada 23 Julai 2010. Penyampaian bantuan pelajaran kepada 50 murid-murid miskin dan penerima Bantuan Rumah juga di adakan.
Selesai di Bekenu, YAB PM meneruskan program Mesra Rakyat ke Senadin. Disini seramai 80 orang penduduk miskin diberi bantuan di bawah Program Sentuhan Harapan anjuran Petronas.
Pada sebelah malamya pula, Majlis Mesra Rakyat di adakan di Stadium Mini Sibu. Hampir penuh stadium dengan para hadirin. Di majlis ini beberapa pertunujukan kebudayaan tepatan yang bertemakan 1 Malaysia diadakan semasa majlis makan malam di adakan.
Sebahagian gambar-gambar di bawah menceritakan segala-galanya.
MAJLIS MESRA RAKYAT DI BEKENU.
SEBAHAGIAN VVIP DI PENTAS UTAMA.
PEMIMPIN 1MALAYSIA.
KETIBAAN YB MENTERI KKLW DI SAMBUT PENUH MESRA.
BERAMAH MESRA DENGAN PENDUDUK BEKENU.
PERDANA MENTERI MENYAMPAIKAN AMANAT.
Selesai Majlis di Bekenu, saya meneruskan misi ke Pulau Bruit, Daro, Daerah Mukah untuk membuat tinjauan pelaksanaan Baruan Rumah untuk penduduk miskin tegar. Pengalaman dan cabaran yang kami lalui semasa membuat pemantauan di Pulau Bruit akan saya paparkan di "post" yang bertajuk "The Lost World - Pulau Bruit"
Wassalam.
Friday, July 23, 2010
Saturday, July 17, 2010
Airport Pulau Pinang
Hari ini Sabtu 17 Julai 2010 saya menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Negeri Pulau Pinang. Bukan pasal mesyuarat yang nak saya coretkan kali ini, tapi pasal kepenatan bersantai di lapangan terbang P. Pinang dari jam 2 petang masih tak dapat lagi berlepas sehingga jam 5.50 petang. Patutnya berangkat jam 3 petang, tapi oleh kerana masaalah teknikal, jam 5.50 ptng baru dapat berlepas. Mana tidak kepenatan, habis pelusok lapangan terbang saya jelajahi untuk mengisi masa terluang. Entahlah akhir-akhir ni, sering berlaku kelewatan pesawat, mahupon MAS atau Fireflly. Nasib badan katakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)