Assalamualaikum,
Kepada warga KKLW yang masih belum mengetahui perkembangan semasa KKLW, ingin saya memaklumkan kepada semua berita yang menggembirakan orang-orang tertentu di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Sebelum itu perlu saya terlebih dahulu mengucapkan TAHNIAH kepada Sdr. Rasdi Ag. Lah, pegawai di Cawangan Pemantauan dan Inspektorat, KKLW, Sdr. Hamidi Zakaria, Bahagian Perancangan Strategik dan Sdr. Hasnan Hassan, Bahagian Pelaburan dan Anak Syarikat yang mana mereka-mereka ini telah dinaikkan pangkat ke Gred M54. Sekali lagi Tahniah. Inilah berita yang menggembirakan mereka. Dan inilah berita yang hendak saya kabarkan kepada semua warga KKLW.
Pesanan saya agar mereka ini yang bakal menerajuai Bahagian tertentu sgar melaksanakan tugas dengan semangat 1 Malaysia: Rakayat Di Dahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Hujung minggu ini hampir separuh warga KKLW akan berkampung di Ancasa Resort & SPA, Port Dickson, Negeri Sembilan bagi memecahkah minda memikirkan perancangan Rancangan Malaysia Ke Sepuloh (RMKe-10) yang mana akan dilaksanakan pada Tahun 2011 nanti.
Walaupun masih ada setahun lebih lagi perjalanan RMKe-9 akan sampai ke penghujungnya, perancangan bagi RMKe-10 perlu dibuat lebih awal bagi memastikan segala perancangan tidak meyimpang dari matlamat yang disasarkan.
Pencapaian RMKe-9 bagi KKLW nampaknya agak memberangsangkan, pencapaian 49% pelaksanaan setakat ini agak membanggakan dan KKLW akan menggandakan usaha bagi memastikan tahap pencapaiannya melebihi 90% pada akhir RMKe-9 nanti. Ini ukanlah sukar kerana pencapaian tahunan KKLW dalam tempoh 2006 hingga 2008 agak membanggakan dengan mencatakan pencapaian melebihi 90%. InsyaAllah, kita akan dapat melakukannya.
Kita lupakan sebentar pasal kerja. Apa kata kita sama-sama renungkan beberapa peristiwa yang berlaku alam negara mutakhir ini.
Kita kini di era 1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Maknanya, semua kita perlu mengikut arus selogan tersebut.
Kisah jenayah juga agak membimbangkan kita. Pelbagai berita dan kejutan berlaku dalam sehari dua ini. Ada yang jatuh bangunan, ada peragut meninggal selepas meragut dan ada serbuan d Kelab Gay. Apa nak jadi entahlah. Tapi bagi kita yang masih waras harus berwaspada kerana perlakuan jenayah harus ditangani secara bersama. Langkah-langkah berwaspada harus senantiasa dititik beratkan.
Sebenarnya kita sendiri boleh mengelakan berlakunya kes-kes jenayah. Ini adalah kerana jenayah berlaku apabila kita sendiri lalai atau tidak mengambil berat untuk menanganinya. Kenapa kita tidak mengunci rumah kita dengan betul, kenapa kita tidak merantai motorsikal kita bila kita meletakkannya di khalayak umum begitu juga kereta kita, sekurang-kurangnya ada dipasangkan dengan penggera dan kenapaharus kita menayangkan tas tangan kita semasa menunggang atau memandu kenderaan. Jika langkah-langkah sedemikian tidak diambil, ianya akan memudahkan penjenayah menjalankan operasi mereka.
Ramadhan akan tiba tidak lama lagi dan hari ini, sudah memasuki 3 Syaaban. Ini bermakna 27 hari lagi kita akan mula berpuasa pada 1 Ramadhan. Insya Allah, jika di izinkanNya kita akan sama-sama berpuasa untuk sekian kalinya.
Sebelum itu, marilah kita sama-sama renungi kelebihan bulan Syaaban.
BULAN Syaaban adalah antara bulan yang mulia di sisi Allah swt.
• Ia adalah bulan yang membawa keberkatan.
• nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya.
• Baginda Rasulullah saw banyak berpuasa sunat dalam bulan yang mulia ini.
• Umat Islam digalakkan melakukan amal ibadat dengan berganda. Ini kerana Nabi kita Muhammad saw meningkatkan amal ibadatnya kepada Allah swt pada bulan yang agung ini.
Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Nasaei dari Usamah bin Zaid ra berkata:
''Aku bertanya Rasulullah tentang bulan Syaaban kerana aku tidak pernah lihat baginda banyak berpuasa sunat sebagaimana beliau berpuasa dalam bulan Syaaban.
Baginda menjawab: ''Bulan yang banyak manusia lalai dan padanya ialah bulan di antara Rejab dan Ramadan. Pada bulan Syaaban akan diangkatkan catatan amalan hamba kepada Allah swt. Dengan itu aku amatlah suka supaya diangkatkan amalanku ketika aku berpuasa."
Sebenarnya amal ibadat hamba diangkat oleh malaikat tiap-tiap hari manakala amal ibadat bulan Syaaban ini bolehlah dikatakan laporan tahunan bagi amalan hamba.
Hadis ini menunjukkan bahawa ramai yang lalai dalam bulan Syaaban ini. Mereka tidak mengambil kesempatan untuk beramal ibadat seperti mana mereka bersungguh-sungguh meluangkan masa beribadat kepada Allah swt pada bulan Ramadan. Ini kerana adat Jahiliyah dahulu orang Mekah lebih mengutamakan dan memuliakan bulan Rejab dan melupakan bulan Syaaban.
Di antara hikmah digalakkan banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban ialah kerana selepasnya dituruti oleh bulan Ramadan yang diwajibkan berpuasa keseluruhannya. Dengan itu puasa pada bulan Syaaban merupakan perintis dan latihan untuk membiasakan diri bagi menunaikan kewajipan puasa Ramadan sepenuhnya.
Bagi mereka yang sudah biasa berpuasa sudah tentu kuranglah rasa penat dan tidak terkejut untuk berpuasa dalam Ramadan nanti.
Sebuah hadis lagi yang memberi perangsang kepada kita umat Islam supaya mengikut sunah Rasulullah saw.
1. Dari Ummu Salamah meriwayatkan bahawa beliau tidak pernah melihat Rasulullah Rasulullah saw berpuasa dalam setahun sepenuhnya kecuali bulan Syaaban. Kemudian baginda terus menyambung puasa Ramadan.
2. Al-Nasai dari Ummu Salmah berkata: ''Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali bulan Syaaban dan Ramadan.
3. Aishah pula meriwayatkan bahawa Rasulullah berpuasa bulan Syaaban kesemuanya.
Berkenaan dengan kelebihan Nisfu Syaaban iaitu malam pertengahan bulan Syaaban pula kita boleh dapati melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Habban dalam kitab al-Sahihnya, daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Nabi saw bersabda yang maksudnya: Allah swt melihat kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan Allah akan memberikan pahalanya kepada seluruh hambanya melainkan mereka yang melakukan kesalahan syirik dan orang yang menyebarkan fitnah.
Dalam hadis yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin al-As bermaksud: ''Allah swt memandang kepada makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampuni dosa hamba-Nya kecuali dua golongan, iaitu orang yang membunuh diri dan orang yang menyebarkan fitnah.
Hadis-hadis ini menggambarkan kepada kita kelebihan bulan Syaaban yang sungguh istimewa. Ibadat mesti digandakan sebagaimana yang dibuat oleh Rasulullah yang membanyakkan puasa sunat. Hadis tersebut juga menunjukkan bahawa Allah swt sedia memberi keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat.
Ibadat pada malam Nisfu Syaaban:
1. Ibadat yang khusus dilakukan pada malam itu ialah:
2. Sembahyang lima waktu, sunat dan tahjud.
3. Membaca al-Quran. Kalau tidak boleh menghabiskan semuanya, sekurang-kurangnya membaca surah Yasin, al-Waqiah, al-Mulk, al-Insan, al-Hashr, al-Muzammil dan surah al-Mudathir.
4. Banyak beristighfar kepada Allah.
5. Bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca berbagai doa dan zikir yang ma'thur.
Sebenarnya tidak ada doa khusus untuk dibacakan pada Nisfu Syaaban. Kita mesti ingat bahawa Allah swt sentiasa membuka pintu taubat bukan pada malam Nisfu Syaaban sahaja bahkan ia sentiasa terbuka waktu pagi dan petang, siang dan malam.
Peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban:
Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban ialah:
• Peristiwa pertukaran kiblat. Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya: ''Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmakdis al-selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar. Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah.
Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ''Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ''Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.
Hikmah : Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah swt untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah swt. Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.
Banyak perkara sunat yang digalakan untuk kita lakukan di dalam bulan Syaaban ini, antaranya ialah:
Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan syaaban.”
Huraian
1. syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan syaaban itu ialah bulan syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan syaaban dan tiga hari pada pertengahan syaaban dan tiga hari pada akhir syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Apabila tiba sahaja Ramadhan, bulan yang dinantikan oleh semua ummat Islam. Ramadahan adalah bulan ujian, bulan penuh keberkatan dan bulan untuk kita mengejar pahla yang berlipat kali ganda. Oleh itu, sama-samalah kita bersiap sedia untuk menempuhnya dengan penuh tawwaduk dan keinsfan. Akan saya huraikan kelebihan Ramadhan apabila bulan berkenaan ahmpir tiba.
Sekian catatan saya buat bulan ini.
Wassalam.
Saturday, July 25, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)