Salam Sejahtera

"Ini adalah semata-mata catatan saya berdasarkan kepada apa yang saya lalui, sama ada ianya urusan rasmi berkaitan tugas mahupun catatan aktiviti peribadi serta apa yang dirasakan seharusnya dikongsi bersama"
"USE YOUR HEART WHEN YOU DEAL WITH OTHERS, AND USE YOUR BRAIN WHEN YOU DEAL WITH YOURSELF"

Sunday, May 17, 2009

WORK OR WALK EXTRA MILES

Mungkin pembaca akan tertanya-tanya kenapa kali ini tajuk cerita saya dalam bahasa Inggeris.

Bukan apa. Akhir-akhir ini cara berkerja pegawai dan kakitanga KKLW agak berbeza semenjak kita mendapat Perdana Menteri yang baru, tambah-tambah selepas pengenalan selogan baru Kerajaan Malaysia " 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" (1 Malaysia: People First, Performance Now).

Ditambah pula dengan adanya Pakej Rangsangan Ekonomi, cara berkerja nampaknya harus di lipat gandakan dan kerana itu tajuk cerita saya kali ini berbunyi "Work or Walk Extra Miles".

Telah tiga minggu bagi saya sendiri menjalankan tugas di hari minggu, samaada hari Sabtu atau Ahad.

Hari minggu (3 Mei 2009 - Ahad), saya menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Kelantan, yang dipengerusikan oleh YB. Menteri MITI, Datuk Mustapa Muhammad di Kelantan. 9 April 2009 (Sabtu)pula sekali lagi ke Kelantan, menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek PBR (Rangsangan Ekonomi) di Pejabat FELCRA Kelantan, sedangkan hari tersebut adalah hari cuti umum seluruh negara dan pada 16 Mei 2009 saya ke Pulau Pinang, menghadiri Mesyuarat Majlis Tindaka Negeri Pulau Pinang di Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang.

Catatan ini bukan nak merungut atau komplain pasal hari minggupon kena kerja, cuma sekadar bagaimana kerja dalam istilah "work or walk extra miles" boleh dilakukan. Mungkin kerja sampai larut malam atau pulang lewat juga bleh diketegorikan sebagai "sewaktu dengannya" atau kerap keluar kawasan sehingga melapaui hari berkerja.

Pegawai-pegawai KKLW nampaknya tidak boleh lagi menganggapkan tugas sekarang sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Kalau tahun lepas peruntukan pembangunan cuma RM2.5 billion, tapi tahun ini telah bertambah kepada lebih daripada RM4 billion, bersamaan dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan RMKe-9 Kementerian Pelancongan Malaysia, sedangkan bagi KKLW diperuntukan bagi satu tahun sahaja untuk dibelanjakan.

Dengan projek-projek Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) yang bilangannya bukan sedikit serta kemasukan Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke KKLW, peruntukan meningkat secara mendadak dan perlu dibelanjakan dalam tahun ini dan sebahagian kecil sahaja peruntukan PRE akan dibelanjakan pada tahun hadapan (2010).

Ini bermakna, kerja-kerja pemantauan harus juga dilipat gandakan. Oleh itu pegawai-pegawai Bahagian Pemantauan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga tidak dapat megelak untuk "Work or Walk Extra Miles".

Walau bagaimanapun kepada pegawai-pegawai saya di Bahagian PI tu, di samping menjalankan tugas, jangan lupa jaga kesihatan, rehat yang cukup dan sentiasa menjaga kebajikan kakitangan bawahan serta tidak juga mengabaikan tanggung jawab anda kepada keluarga.

Sekadar ini dahulu catatan saya.