Salam Sejahtera

"Ini adalah semata-mata catatan saya berdasarkan kepada apa yang saya lalui, sama ada ianya urusan rasmi berkaitan tugas mahupun catatan aktiviti peribadi serta apa yang dirasakan seharusnya dikongsi bersama"
"USE YOUR HEART WHEN YOU DEAL WITH OTHERS, AND USE YOUR BRAIN WHEN YOU DEAL WITH YOURSELF"

Monday, June 30, 2008

MESYUARAT MEXCLUB 2008

Alhamdulillah, Mesyuarat Penyelarasan Antara YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) Bil. 1/2008 telah selesai diadakan di Pahang pada 29 Jun 2008. Dalam mesyuarat berkenaan sebanyak 5 kertas telah dibentangkan dan banyak isu-isu dan permasalahan pembangunan luar bandar telah dibincangkan secara serius oleh ahli-ahli mesyuarat . Di antara isu dan masalah yang dibangkitkan ialah isu dan permasalahan golongan miskin di luar bandar.

Foto 1: Sebahagian Ahli Mesyuarat MEXCLUB memberi perhatian kepada isu yang sedang dibincangkan.


Nampaknya matlamat mesyuarat untuk memaklumkan peranan dan fungsi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah berjaya disampaikan dengan baik dan difahami oleh semua ahli-ahli Exco Luar Bandar yang hadir. Disamping itu, KKLW juga telah diberikan banyak maklumbalas oleh Exco-Exco Luar Bandar akan permasalahan dan isu semasa yang dihadapi oleh kumpulan sasar di luar bandar.

Foto 2: YB Menteri Kemajuan Luar Bandar memberi perhatian serius kepada isu yang dibangkitkan....

Apa yang hendak saya perkatakan disini bukanlah mengenai mesyuarat di atas, tapi aktiviti sampingan yang telah diadakan sehari sebelum mesyuarat, iaitu beberapa lawatan ke dua buah kampung di negeri Pahang. Kegigihan YB Menteri iaitu YB Senator Tan Seri Muhammad Muhammad Taib membuat lawatan dan turun padang meninjau kemajuan beberapa projek luar bandar , khusunya projek-projek bagi membantu golongan miskin di luar bandar menjadi buah mulut semua pegawai KKLW, malahan saban minggu di paparkan di dada-dada media massa.

Sehari sebelum mesyuarat iaitu pada 28 Jun 2008, YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, pegawai-pegawai kanan dan ahli-ahli mesyuarat telah mengikuti beberapa aktiviti yan telah diatur. Pada sebelah paginya, sesampai sahaja YB Menteri dari Kuala Lumpur, beliau telah menghadiri Majlis Perasmian Medan Infodesa (MID) di Kampung Sungai Pancing Utara. MID adalah merupakan satu program yang bermatlamatkan untuk mengurangkan jurang digital di antara luar bandar dengan bandar. Pembinaan MID ini telah dimulakan pada tahun lepas dan mula beroperasi pada akhir tahun lepas. Sambutan masyarakat Kampung Sungai Panching Utara begitu meriah sekali semasa majlis perasmian diadakan dengan lebih dari 500 hadirin termasuk penduduk setempat meraikan perasmian MID berkenaan. KKLW telah membina sebuah bangunan yang lengkap dengan kemudahan komputer (20 Unit komputer meja) serta menempatkan seorang Pengurus bagi melatih dan memberi tunjuk ajar kepada penduduk setempat dari segi kegunaan dan kepentingan ICT.

Foto 3: Medan Infodesa Kampung Sungai Panching Utara, Pahang.

Apa yang menjadi saya kebanggaan saya semasa Majlis Persamian MID ini ialah penerimaan masyarakat setempat kepada projek MID KKLW. Bukan sahaja golongan pelajar sekolah yang telah memanfaatkan kemudahan MID ini, malahan golongan warga tua juga turut sama memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan dan KKLW khususnya. (Setakat ini lebih daripada 300 buah MID telah dibangunkan oleh KKLW di seluruh negara)

Foto 4: YB Menteri KKLW berucap merasmikan MID Kg. Sungai Panching Utara.

Foto 5: YB Menteri KKLW sedangnmemotong riben perasmian MID Kg Sungai Panching Utara.

Foto 6: Sebahagian penduduk tempatan, kanak-kanak dan warga emas memanfaatkan kemudahan ICT di MID Kg. Sg Panching Utara....

Foto 7: Siapa kata saya buta ICT..........

Bagaimana kemudahan ICT juga turut memberi kemudahan kepada warga tua di Kg. Sg Panching Utara dapat dilihat daripada gambar-gambar berikut: (Syabas kepada KKLW).

Foto 8: Seorang ibu tua berumur 65 tahun sedang membaca e-mail anaknya.....

Foto 9: Jangan lupa layari Blog saya - http://www.muhammadmuhdtaib.com

Foto 10: "Tengok, macam-macam maklumat boleh diperolehi dari ICT"

Selesai merasmikan MID Kg. Sg. Panching Utara di sebelah pagi, YB Menteri KKLW terus ke Kg Cherating di sebelah petang untuk lawatan ke Pusat Anyaman Cherating. Pusat ini adalah salah satu premis perusahaan yang telah dibangunkan oleh Bahagian Ekonomi Desa. KKLW bagi menempatkan pengusaha-pengusaha anyaman mengkuang bagi menghasilkan pelbagai produk anyaman mengkuang.

Sempena lawatan ke Pusat ini YB Menteri telah berpesan agar kualiti produk anyaman mengkuang dipertingkatkan dari segi mutu dan kualiti penghasilan agar ianya dapat diterima baik terutama dikalangan pelancong-pelancong asing yang sememangnya ramai berkunjung ke pusat pelancongan di Cherating.

Foto 11: Pusat Anyaman Mengkuang Cherating, Pahang.

Foto 12: "Ini kena perkemas lagi anyamannya......."

Foto 13: Ruang pameran yang tersusun rapi dan menarik.

Foto 14: Sebahagian daripada produk anyaman yang diusahakan oleh penduduk tempatan..menarik dan menawan.

Selesai melawat Pusat Anyaman Mengkuang, YB Menteri KKLW dan rombongan seterusnya ke Bengkel Pengusaha Bantuan Ekonomi Kampung (BEK) Kraftangan, yang terletak lebih kurang 3 km. dari Pusat Anyaman Mengkuang. Bengkel ini adalah salah satu projek di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat Malaysia (KEMAS) yang dibangunkan untuk membantu penduduk mempelajari cara-cara membuat pelbagai produk kraftangan dari bahan-bahan yang terdapat disekitar kampung.

Foto 15: Papan Tanda Bengkel Pengusaha Bantuan Ekonomi Kampung (BEK-KEMAS) KKLW.

Foto 16: Bengkel Pengusaha Bantuan Ekonomi Kampung (BEK)

Foto 17: Sebahagian peralatan bengkel yang disediakan oleh BEK

Foto 18: Mendengar penjelasan operasi bengkel dari pengusaha yang gigih.....

Foto 19: Bahagian dalam Bengkel dan produk yang dihasilkan

Foto 20: Kenangan ahli rombongan bersama pengusaha bengkel BEK

Foto 21: YB Menteri bersama pengusaha-pengusaha Bengkel BEK.

Pada petang yang sama juga rombongan YB Menteri bersama-sama pegawai-pegawai kanan KKLW menghadiri Majlis Perasmian Gotong Royong Projek Program Bantuan Rumah (PBR) di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di kawasan berhampiran.

Pada Majlis ini YB Menteri telah melancarkan program gotong royong membina seuah rumah PBR untuk salah seorang penduduk miskin tegar dan juga menyampaikan bantuan Makanan Tambahan kepada sepuloh orang penduduk miskin tegar.

Di bawah Program PBR ini, Kerajaan memberi bantuan rumah samada dalam bentuk sebuah rumah baru dengan harga di antara RM18,000.00 hingga RM22,000.00 atau bantuan baik pulih rumah penduduk miskin dengan kos maksima RM8,000.00.

Foto 22: Majlis Perasmian Gotong Royong Projek PBR, Kg. Cherating, Pahang

Foto 23: YB Menteri KKLW menyampaikan Bakul Bantuan Makanan Tambahan kepada warga miskin.Foto 24: Keadaan rumah asal miskin tegar.

Foto 25: Berganding bahu membina rumah PBR.

Foto 26: Sebahagian dinding yang telah siap didirikan.

Program gotong royong membina rumah PBR sebenarnya bukanlah baru dilakukan oleh KKLW, sebenarnya pada dua tahun yang lepas pembinaan secara gotong royong pernah dibuat bagi memupuk semangat gotong royong dikalangan penduduk tempatan dan bagi menjimatkan kos pembinaan. Program gotong royong yang dilakukakan di Kg. Cherating ini juga telah mendapat kerjasama dari Pelatih-pelatih PLKN yang sedang menjalani latihan di kem berhampiran. Terima kasih kepada pelatih-pelatih PLKN yang turut membantu.

Begitulah selama dua hari lawatan YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berserta pegawai-pegawai kanan KKLW ke negeri Pahang sempena Mesyuarat Mexclub yang julung-julung kalinya di adakan pada tahun ini.

Semoga apa yang dipaparkan diruangan ini akan memberi sedikit maklumat bukan sahaja mengenai program dan aktiviti KKLW, malah akan memberi kesedaran kepada kita bahawa masih banyak yang perlu dilakukan oleh kita untuk membangunkan luar bandar, terutamanya dalam usaha Kerajaan untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk luar bandar.

Tuesday, June 24, 2008

CANDAT SOTONG - Satu Pengalaman.

Tanggal 21 Jun 2008 seramai 24 orang ahli Kelab Sukan dan Kebajikan KKLW telah turun ke laut sekitar Pulau Kapas, Kuala Terengganu. Kononnya untuk mencandat sotong di lautan luas. Sebahagian besarnya pertama kali turun ke laut untuk mencandat sotong.

Tepat jam 5.00 petang kami menaiki bot candat yang di bahagikan kepada dua kumpulan dengan menaiki dua bot yang disewa khas. Perjalanan kami ke destinasi mencandat mengambil masa satu jam dari jeti di Marang, Terengganu menuju ke lautan luas.

Berbekal kan dua tong air mineral, sedikit roti dan biskut sebagai bekal semasa mencandat, kami menaiki bot dengan penuh azam untuk menawan sotong-sotong di perairan Pulau Kapas.

Cuaca pada malam berkenaan agak kurang baik dengan ombak agak bergelora dan awan yang mendung. Tapi itu tidak menghalang kami untuk meneruskan perjalanan dan hajat kami untuk menawan sotong-sotong Torak yang masih lagi banyak di dasar laut (kata nelayan tempatan).

Sesampainya di destinasi yang jaraknya lebih kurang 10 batu nautika dari daratan, kami mula mencandat dengan menggunakan peralatan candat. Hampir 45 minit mencandat, masih lagi tiada yang mendapatkan hasil, akhirnya salah seorang ahli bersorak girang apabila mata candat disambar sotong yang panjangnya lebih kuran 1 kaki. Itu menandakan sotong telah mulai datang berhampiran bot kami. Selepas itu satu persatu sotong tersangkut di mata candat kami. Tapi itu hanyalah untuk seketika sahaja. Jam menunjukan hampir pukul 10.00 malam, sotong mulai berdiam diri, dan ada di antara mereka telah menunjukkan tanda-tanda kepeningan dan ada yang mulai termuntah-muntah macam perempuan bunting 10 hari......dahsyat muntahnya sampaikan saya tidak sangup melihatnya. Habis isi perut diluahkan ke laut dan menjadi makanan sotong agaknya.


Rasa-rasa ini yang terpanjang yang saya dapat


Jam menunjukan hampir 11.00 malam, bilangan sotong yang dapat didaratkan hampir 20 ekor sahaja. Awan hitam mulai berarak ganas dan ombak semakin bergelora, bot kami dilambung seperti mamak menebar roti canai. Makin ramai yang tidak tahan dengan lambungan ombak dan ada yang meminta untuk pulang awal, tapi dibantah oleh mereka yang masih lagi seronok mencandat. Tapi oleh kerana tiupan angin dan tanda-tanda hujan akan mulai turun akhirnya kami bertolak balik ke daratan pada jam 11.30 malam.

Si Edwin - Sotong pertama yang di tangkapnya.

Suasana mereka mencandat dan gelagak mereka yang mabuk hanya dapat di gambarkan melalui gambar-gambar berikut:-

Bila dah mabuk-mana-mana saja boleh landing.

Hampa sotong tak muncul.............

Bila dah mabuk, bau kakipon kira OK.

Ibu sotong terlena di tepi tandas......

Atas daporpun bolehlah.

Begitulah pengalaman kami mencandat sotong. Air mineral, roti dan biskut langsung tidak disentuh oleh kami bila ramai yang kemabukan (mabuk free). Hingga jumpa lagi tahun hadapan dan kepada ahli-ahli KKSKKLW yang berhajat untuk merasai pengalaman ini tunggu tahun hadapan kita akan ke sana lagi, InsyaAllah.